Rupa-rupanya, Zarina Anjoulie pernah menolak sebanyak 2 kali untuk bergambar dengan FHM Indonesia kerana diminta memakai pakaian yang terlalu seksi.
Friday, 18 November 2011
'Kontroversi Mamat aibkan kami' - Sepah
Jepp, Shuib luah perasaan kecewa isu timpa Sepah akibat sikap rakan sendiri
SUDAH terang lagi bersuluh apabila Jep dan Shuib mengundurkan diri daripada Sepah dan menubuhkan jenama baru, Sepahtu (Sepah Two), sekali gus ‘menyingkirkan’ Mamat untuk kedua-duanya meneruskan kerjaya seni secara lebih serius. Mereka mengakui tidak tahan lagi dan malu dengan kontroversi demi kontroversi yang dicetuskan sahabat baik mereka itu.
Sepahtu juga bakal muncul dengan album sulung nyanyian mereka yang diterbitkan MW Entertainment milik Mawi di bawah label Sheikh Qalam Records. Tambahan pula projek khas itu hanya memerlukan komitmen Jep bersama Shuib saja, justeru penubuhan Sepahtu adalah bertepatan. Namun, Mamat masih boleh menggunakan jenama Sepah di belakang namanya apabila idea asal nama Sepah turut lahir daripada cetusan Mamat.Pun begitu, ketiga-tiganya bersikap profesional apabila membabitkan soal kerja dan komitmen yang memerlukan kerjasama mereka seperti projek Superlawak FC dan Sepah The Movie yang dijangka memulakan penggambaran di Johor mulai 17 Oktober ini. Perbezaannya hanyalah Sepahtu tidak memerlukan Mamat apabila dia selepas ini boleh bergerak secara solo untuk meneruskan legasi Sepah yang menjuarai Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak. SUDAH terang lagi bersuluh apabila Jep dan Shuib mengundurkan diri daripada Sepah dan menubuhkan jenama baru, Sepahtu (Sepah Two), sekali gus ‘menyingkirkan’ Mamat untuk kedua-duanya meneruskan kerjaya seni secara lebih serius. Mereka mengakui tidak tahan lagi dan malu dengan kontroversi demi kontroversi yang dicetuskan sahabat baik mereka itu.
Mangsa Hamba Seks
Nama Tiz Zaqyah, Izara Aishah jadi bualan gara-gara impak watak mereka dalam drama Soffiya
APABILA melihat kepada kemesraan antara dramatis, Tiz Zaqyah dan aktres baru, Izara Aishah yang kali pertama digandingkan , mereka serasi seolah-olah sudah lama mengenali satu sama lain. Tapi itu hanya luarannya saja, padahal Izara yang baru mengenali dunia lakonan sejak Mac lalu dalam diam rupa-rupanya cuba menjatuhkan Tiz kerana menganggap seniornya itu sebagai perampas kebahagiaan yang sedang dibinanya.
Namun, itu hanyalah secebis kisah yang cuba dipaparkan menerusi drama bersiri terbaru TV3, Soffiya yang mula bersiaran sejak 21 September lalu menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 hingga 8 malam. Selain Tiz dan Izara, drama terbitan Filmscape Sdn Bhd itu turut dibarisi Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan. Drama 28 episod itu ini diarahkan Joeza Rasidi.
Pastinya, pemenang Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Tiz diberi watak utama sebagai Soffiya. Soffiya yang dikenali sebagai Yaya tinggal di kampung, namun dia mengalami trauma akibat menjadi hamba seks bapanya sendiri. Tidak tahan dengan kerakusan itu, Yaya membunuh bapanya lalu dia ditempatkan di pusat pemulihan juvana.
Apabila dewasa dan mendirikan perkahwinan, Yaya dibenci oleh anak tirinya, Fiona (lakonan Izara) kerana suami Fiona, Ilyas (Fizo Omar) adalah cinta pertama Soffiya yang turut bertindak sebagai peguam bela menyelamatkan Soffiya daripada hukuman bunuh.
“Ini kali pertama saya menjayakan watak ekstrem, dirogol dan ia satu pengalaman baru. Namun, bukan mudah menjayakan atau menghayati watak Soffiya. Perlu bermain perasaan dalaman dan ekspresi muka. Tapi, saya seronok bekerja dengan Izara. Walaupun dia baru, tapi beliau ‘memberi’ setiap kali kami beraksi di depan kamera.
“Bagi saya, Izara seorang pelakon, dia bukan selebriti yang semata-mata berwajah cantik, sekadar menjadi pelaris majalah hiburan atau akhbar. Saya senang bekerja dengannya. Tambahan pula kami satu kepala, memudahkan lagi kerja pengarah. Secara peribadi pula, saya berpendapat Izara bukan seorang pelakon yang orang kata control cun, tapi dia sentiasa menjadi dirinya sendiri,” kata Tiz.
Beralih kepada soal peribadi Tiz bersama aktor Remy Ishak, sehingga hari ini belum ada sebarang pengakuan daripada mereka mengesahkan kedua-duanya adalah pasangan kekasih, walhal semua orang tahu mereka sedang menyulam cinta, maka terdengar desas-desus pasangan berkenaan bersikap hipokrit apabila berbicara mengenai status perhubungan masing-masing.
Tubuh Panas Selepas dengar Azan kerana Susuk
“Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah,” kata Zaki, 34, yang memakai ‘susuk kuat sembahyang’ kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.
Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan.
Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.
Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.
Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.
Rossa tidak kisah jika digosip lelaki bujang
HUJUNG minggu lalu (Ahad, 13 November 2011) heboh jadinya apabila akhbar di Indonesia melaporkan penyanyi Sri Rossa Roslaina Handiyani, 33, atau Rossa, melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap.
Gosip itu tercetus apabila gambar penyanyi yang popular dengan lagu Ayat-ayat Cinta itu berdandan rapi siap berkebaya hijau berlengan pendek dengan balutan kain batik coklat dimuat naik dalam laman Twitter oleh Pengurusnya, Gema Sakti.HUJUNG minggu lalu (Ahad, 13 November 2011) heboh jadinya apabila akhbar di Indonesia melaporkan penyanyi Sri Rossa Roslaina Handiyani, 33, atau Rossa, melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap.
Gosip itu tercetus apabila gambar penyanyi yang popular dengan lagu Ayat-ayat Cinta itu berdandan rapi siap berkebaya hijau berlengan pendek dengan balutan kain batik coklat dimuat naik dalam laman Twitter oleh Pengurusnya, Gema Sakti.Katanya, bukan dia yang menikah tetapi adik bongsunya, Hendra. Majlis dilangsungkan di Gedung Islamic Centre, Sumedang.
Piranha gigit 15 perenang
Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang.
Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu.“Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar,” kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV. Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22.
“Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki.
Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah,” katanya.
Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi.
Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert.
Jadual Perlawanan Penuh Bolasepak Sukan Sea Indonesia 2011
Nampaknya kesemua pasukan skuad sudah pun bersedia lebih awal daripada yang dijangkakan dan hari ini adalah hari pertama perlawanan bagi sukan kategori bola dimana MALAYSIA VS Indonesia jam 8.00 malam ini.dan siaran langsng juga akan ditayang di tv RTM dan ASTRO ARENA.
JADUAL PENUH PERLAWANAN BOLASEPAK SUKAN SEA INDONESIA 2011
Malaysia di group A.
- MALAYSIA
- INDONESIA
- SINGAPURA
- THAILAND
- KEMBOJA
Group B :
- VIETNAM
- LAOS
- BRUNEI
- TIMOR LESTE
- MYANMAR
- FILIPINA
Mengikut berita dari indonesia jadual tersebut telah di ubah beberapa kali kerana ketidakpuasan dari pihak indonesia.entah saya pun kurang pasti dengan hal ini tapi yang pastinya juara tetap juara walaupun jadual tersebut diubah macamana sekali..hehe...
Dan satu lagi info penting dimana masa di dalam jadual tersebut adalah waktu di indonesia jadi maknanya jika di indonesia perlawanan itu pukul 4.00pm bermakna di malaysia akan bersiaran langsung pada pukul 5.00 pm.haram maklum ok!.
Perlawanan kesemua jadual itu akan berlangsung di stadium GLORA BUNG KARNO INDONESIA
Update seterusnya akan korang dapati terus di blog ini ataupun melaui live streaming RTM dan ASTRO ARENA.
Dapatkan High Rating Nuffnang dan Membership status Glitterati dlm masa seminggu
What is an “Exclusive Nuffnanger”??
An “Exclusive Nuffnanger” is a Nuffnang blogger who has NO advertisements from, mentions of, or links to other ad networks originating from SEA, or any ad networks we deem as competitors on his/her blog.
Salam. aku nak kongsikan sedikit pasal nuffnang ni. aku buat nuffnang dalam seminggu jer boleh dpt status Glitterati. dekat atas tu ada gambar analitics dlm seminggu je aku punye nuffnang boleh dpt 3 stars.
hamper dari simplycity
cinta artis difacebook
Cinta muka buku? Ini bukan merujuk kepada lagu yang dinyanyikan Najwa Latif tetapi kepada pelawak dan pelakon Harith Iskandar yang telah bernikah dengan Jezamine Lim. Jezamine yang merupakan seorang doktor kacukan Cina-India memulakan perkenalan dengan Harith melalui laman sosial Facebook.
Wanita kacukan Cina-India ini kemudiannya mengahwini Harith Iskandar sekitar June 2010 dengan hantaran berjumlah RM50,000. Hampir setahun, Jezamine mengandung dan mereka bakal menimang anak lelaki memandangkan isterinya Jezamine Lim sedang hamil 6 bulan sekarang ini. Harith yang sudah mempunyai beberapa senarai nama anak masih belum membuat pemilihan nama yang sesuai sehingga anaknya lahir pada Mac 2012 nanti.
Harith seperti bakal bapa yang lain terlalu teruja dan sudah membuat persedian lebih awal. Setiap tiga hingga empat minggu, dia akan membawa isterinya membuat pemeriksaan kandungannya dan juga membeli beberapa persiapan awal. Dia sentiasa bersama isterinya lebih-lebih lagi semasa tiga bulan kehamilannya.
Di ketika ini, isterinya sedang menyambung pengajian ijazah doktor falsafah atau PhD di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras. Isterinya mempunya sebuah restoran tetapi Harith telah memaklumkan ‘Restoran Samsaraa di Sri Hartamas’ telah ditutup dan dijual empat bulan lalu. Kini dia menumpukan kepada projek filem kedua yang akan diarahkannya selepas filem Hanya Kawan, selain terlibat dalam pementasan teater Muzikal Cuci 3 dan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal 2.
Harith juga akan menjayakan acara stand up comedy terbesar di Asia yang dinamakan ‘Kings & Queen of Comedy Asia 2′ di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 dan 19 November ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)