Friday 18 November 2011

'Kontroversi Mamat aibkan kami' - Sepah

Jepp, Shuib luah perasaan kecewa isu timpa Sepah akibat sikap rakan sendiri

SUDAH terang lagi bersuluh apabila Jep dan Shuib mengundurkan diri daripada Sepah dan menubuhkan jenama baru, Sepahtu (Sepah Two), sekali gus ‘menyingkirkan’ Mamat untuk kedua-duanya meneruskan kerjaya seni secara lebih serius. Mereka mengakui tidak tahan lagi dan malu dengan kontroversi demi kontroversi yang dicetuskan sahabat baik mereka itu.
Sepahtu juga bakal muncul dengan album sulung nyanyian mereka yang diterbitkan MW Entertainment milik Mawi di bawah label Sheikh Qalam Records. Tambahan pula projek khas itu hanya memerlukan komitmen Jep bersama Shuib saja, justeru penubuhan Sepahtu adalah bertepatan. Namun, Mamat masih boleh menggunakan jenama Sepah di belakang namanya apabila idea asal nama Sepah turut lahir daripada cetusan Mamat.
Pun begitu, ketiga-tiganya bersikap profesional apabila membabitkan soal kerja dan komitmen yang memerlukan kerjasama mereka seperti projek Superlawak FC dan Sepah The Movie yang dijangka memulakan penggambaran di Johor mulai 17 Oktober ini. Perbezaannya hanyalah Sepahtu tidak memerlukan Mamat apabila dia selepas ini boleh bergerak secara solo untuk meneruskan legasi Sepah yang menjuarai Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...