KUALA LUMPUR, 20 DISEMBER 2011: Selepas hubungan cintanya dengan penyanyi dan pelakon Zarina Zainordin atau Zarina, 27, gagal dan berakhir pada awal tahun ini, pelakon dan pengarah, Ungku Ismail Aziz akui hatinya kini telah berbunga kembali dengan kekasih barunya.
Menganggap jodohnya bersama bintang Akademi Fantasia itu tidak kesampaian, Ungku Ismail berkata dia kini menjalinkan hubungan dengan seseorang yang bukan berada dalam industri seni hiburan.
"Rasanya hubungan saya dan Zarina sudah lama berakhir. Saya tidak mahu merungkaikan lebih lanjut apa sebab musababnya hubungan kami boleh berakhir begitu sahaja.
"Cuma apa yang boleh saya katakan, Zarina memiliki kebaikan yang susah untuk saya terima.Selebihnya biar saya sahaja yang tahu dan faham.
"Kisah yang lalu tidak perlu saya jelas atau ungkit lagi. Apa yang penting, saya kini bersama dengan seseorang tetapi dia bukan artis atau orang yang berada di dalam bidang seni," katanya selepas sidang media drama Antara Garisan, petang semalam.
Ungku Ismail sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Zarina ketika menjayakan drama Syurgamu Ramadan tahun lalu bersama-sama.
Selepas itu, hubungan cinta lokasi mereka telah digembar-gemburkan, sehingga masing-masing akui bakal menamatkan zaman bujang dalam jangka masa dua tahun. Namun semuanya terkubur dan akhirnya terputus di tengah jalan.
Nafi tidak serasi atau mengelak bercinta dengan wanita yang berada dalam industri hiburan, Ungku Ismial berkata apa yang berlaku adalah kebetulan.
"Saya tidak mahu mengatakan bahawa saya tidak serasi untuk bercinta dengan wanita yang berada di dalam industri ini. Semuanya bergantung kepada jodoh dan apa yang berlaku pada saya sekarang kebetulan sahaja.
"Kalau nak ikutkan, ramai juga artis sesama artis yang kahwin tetapi kekal sehingga sekarang. Jadi saya tidak mahu menetapkan bakal isteri saya mestilah dikalangan artis," tambahnya lagi.
Bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Ungku Ismail kini sedang mengarahkan drama bersiri Antara Garisan yang bakal ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) pada setiap Isnin, jam 9 malam bermula 9 Januari 2012.
whoaa..kahwin jela dgn org biaser2 habes cite ..hehe
ReplyDeletebiasa la da pemes x pandang org biase. :p
ReplyDeletehmm...kahwin je la ngan orang biase2..org biase2 pn manusia jgk kn..
ReplyDeletehaha pemes tak pemes..janji kawen tu biau kekal kan
ReplyDeletenak wat cam mane. org skang bukan mcm org dulu2. hehe
ReplyDelete