Friday 18 November 2011

Perdana Menteri bersorak gembira di bilik penginapannya di nusa dua, bali.








 Baru tiga minit berada di tengah padang, Syahrul mula menunjukkan bisanya apabila berjaya merobek gawang Indonesia menerusi satu serangan balas pada minit ke-17.
Gol tersebut ternyata menyemarakkan barisan Harimau Muda menggempur kubu tuan rumah. Pada minit ke-22, pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor berpeluang menguji benteng Indonesia, namun percubaannya gagal menghasilkan gol.
Dengan sesekali Indonesia mengacah kubu Harimau Muda, Baddrol dan rakan-rakan sepasukannya jelas sekali berjaya menyerap tekanan dengan terus melancarkan beberapa serangan ke gawang Indonesia. Namun, tiada sebarang tambahan gol dicipta kedua-dua pasukan.
Pada minit ke-56, Izzaq dilayangkan kad kuning selepas mengasari Andritany dalam kawasan penalti. Dua minit kemudian, Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan pemain tengah, K. Gurusamy dan digantikan dengan Irfan.
Biarpun beberapa percubaan dihasilkan kedua-dua pasukan, namun tiada gol dijelmakan sehingga wisel penamat ditiup oleh Fahad.
Dengan kemenangan itu, Harimau Muda akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, Myanmar, manakala Indonesia berdepan juara Kumpulan B, Vietnam pada aksi separuh akhir esok (19 November).
Dalam pada itu Kim Swee ketika ditemui berkata, dia gembira dengan karaktor yang ditunjukkan skuad muda negara pada perlawanan tersebut.
“Mereka bukan sahaja berdepan dengan pemain Indonesia tetapi juga ribuan penyokong fanatik tuan rumah. Kemenangan ini tidak bermakna jika kita gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangai pada Sukan SEA 2009 di Laos.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...