Friday 18 November 2011

cinta artis difacebook

 

Cinta muka buku? Ini bukan merujuk kepada lagu yang dinyanyikan Najwa Latif tetapi kepada pelawak dan pelakon Harith Iskandar yang telah bernikah dengan Jezamine Lim. Jezamine yang merupakan seorang doktor kacukan Cina-India memulakan perkenalan dengan Harith melalui laman sosial Facebook.
Wanita kacukan Cina-India ini kemudiannya mengahwini Harith Iskandar sekitar June 2010 dengan hantaran berjumlah RM50,000. Hampir setahun, Jezamine mengandung dan mereka bakal menimang anak lelaki memandangkan isterinya Jezamine Lim sedang hamil 6 bulan sekarang ini. Harith yang sudah mempunyai beberapa senarai nama anak masih belum membuat pemilihan nama yang sesuai sehingga anaknya lahir pada Mac 2012 nanti.
Harith seperti bakal bapa yang lain terlalu teruja dan sudah membuat persedian lebih awal. Setiap tiga hingga empat minggu, dia akan membawa isterinya membuat pemeriksaan kandungannya dan juga membeli beberapa persiapan awal. Dia sentiasa bersama isterinya lebih-lebih lagi semasa tiga bulan kehamilannya.
Di ketika ini, isterinya sedang menyambung pengajian ijazah doktor falsafah atau PhD di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras. Isterinya mempunya sebuah restoran tetapi Harith telah memaklumkan ‘Restoran Samsaraa di Sri Hartamas’ telah ditutup dan dijual empat bulan lalu. Kini dia menumpukan kepada projek filem kedua yang akan diarahkannya selepas filem Hanya Kawan, selain terlibat dalam pementasan teater Muzikal Cuci 3 dan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal 2.
Harith juga akan menjayakan acara stand up comedy terbesar di Asia yang dinamakan ‘Kings & Queen of Comedy Asia 2′ di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 dan 19 November ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...