Friday 18 November 2011

Mangsa Hamba Seks


Nama Tiz Zaqyah, Izara Aishah jadi bualan gara-gara impak watak mereka dalam drama Soffiya

APABILA melihat kepada kemesraan antara dramatis, Tiz Zaqyah dan aktres baru, Izara Aishah yang kali pertama digandingkan , mereka serasi seolah-olah sudah lama mengenali satu sama lain. Tapi itu hanya luarannya saja, padahal Izara yang baru mengenali dunia lakonan sejak Mac lalu dalam diam rupa-rupanya cuba menjatuhkan Tiz kerana menganggap seniornya itu sebagai perampas kebahagiaan yang sedang dibinanya.
Namun, itu hanyalah secebis kisah yang cuba dipaparkan menerusi drama bersiri terbaru TV3, Soffiya yang mula bersiaran sejak 21 September lalu menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 hingga 8 malam. Selain Tiz dan Izara, drama terbitan Filmscape Sdn Bhd itu turut dibarisi Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan. Drama 28 episod itu ini diarahkan Joeza Rasidi.
Pastinya, pemenang Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Tiz diberi watak utama sebagai Soffiya. Soffiya yang dikenali sebagai Yaya tinggal di kampung, namun dia mengalami trauma akibat menjadi hamba seks bapanya sendiri. Tidak tahan dengan kerakusan itu, Yaya membunuh bapanya lalu dia ditempatkan di pusat pemulihan juvana.

Apabila dewasa dan mendirikan perkahwinan, Yaya dibenci oleh anak tirinya, Fiona (lakonan Izara) kerana suami Fiona, Ilyas (Fizo Omar) adalah cinta pertama Soffiya yang turut bertindak sebagai peguam bela menyelamatkan Soffiya daripada hukuman bunuh.

“Ini kali pertama saya menjayakan watak ekstrem, dirogol dan ia satu pengalaman baru. Namun, bukan mudah menjayakan atau menghayati watak Soffiya. Perlu bermain perasaan dalaman dan ekspresi muka. Tapi, saya seronok bekerja dengan Izara. Walaupun dia baru, tapi beliau ‘memberi’ setiap kali kami beraksi di depan kamera. 

“Bagi saya, Izara seorang pelakon, dia bukan selebriti yang semata-mata berwajah cantik, sekadar menjadi pelaris majalah hiburan atau akhbar. Saya senang bekerja dengannya. Tambahan pula kami satu kepala, memudahkan lagi kerja pengarah. Secara peribadi pula, saya berpendapat Izara bukan seorang pelakon yang orang kata control cun, tapi dia sentiasa menjadi dirinya sendiri,” kata Tiz. 
Beralih kepada soal peribadi Tiz bersama aktor Remy Ishak, sehingga hari ini belum ada sebarang pengakuan daripada mereka mengesahkan kedua-duanya adalah pasangan kekasih, walhal semua orang tahu mereka sedang menyulam cinta, maka terdengar desas-desus pasangan berkenaan bersikap hipokrit apabila berbicara mengenai status perhubungan masing-masing. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...