Saturday, 10 December 2011

TAHNIAH:ERRA JADI DUTA ESTEE LAUDER


KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2011: Pelakon, penyanyi dan bekas Ratu Cantik Malaysia Dunia 1992, Erra Fazira telah dipilih sebagai duta terbaru jenama produk kosmetik antarabangsa, Estee Lauder bagi menyemarakan kempen jenama berkenaan bagi penggal 2011/2012.






Pengumumannya telah dibuat dalam majlis makan malam eksklusif sempena meraikan pihak media dan peruncit Estee Lauder dari seluruh negara di Hotel Mandarin Oriental, di sini malam tadi.
Erra Fazira yang hadir dengan persalinan serba merah, melahirkan rasa terharu dengan perlantikannya itu apatah lagi akan menyertai seorang lagi duta Estee Lauder tempatan sedia ada iaitu personaliti TV jelita, Marion Caunter.
"Saya amat terharu dan menghargai dengan perlantikan ini. Tak sangka, minat ibu saya yang selama ini merupakan pengguna setia Estee Lauder telah turun ke tangan saya yang dilantik sebagai duta jenama kosmetik antarabangsa ini.
"Saya harap, kesinambungan ini akan jatuh pula ke anak saya apada masa akan datang," katanya diiringi gelak tawa keriangan yang memenuhi ruang makan malam Mandarin Grill hotel mewah berkenaan.
Jelas Erra Fazira, sejak dilantik sebagai duta jenama berkenaan dia sudah mula menjadikan Estee Lauder sebagai rutin kecantikannya setiap hari untuk sentiasa tampak menawan dan lebih berseri-seri tak kira siang mahupun malam.
"Walau sibuk macam mana sekalipun, saya akan tetap menggunakan Estee Lauder sebagai regim kecantikan saya.
"Apa yang pasti, wajah saya sekarang tampak lebih muda. Bersesuaian pula dengan kempen kecantikan Estee Lauder iaitu setiap wanita boleh tampil cantik (Every Women Can Be Beautiful)," katanya yang terpaksa bergegas pulang untuk berangkat ke Singapura bagi menghadiri Asian Televisyen Awards 2011.
Majlis makan malam telah diserikan dengan permainan ringkas yang membolehkan setiap tetamu memenangi hadiah istimewa. Acara telah diacarakan Pengurus Komunikasi Kanan Estee Lauder Malaysia, Jean Loh.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...