Saturday 10 December 2011

Seisi Keluarga Tak Tahu ND Lala Kena Samun


KUALA LUMPUR, 9 DISEMBER2011: Kerana mengambil pendekatan mendiamkan diri mungkin tidak mahu menyusahkan hati insan tersayang, seisi keluarga penyanyi ND Lala, 50, termasuk anaknya yang juga penyanyi popular, Shila Amzah langsung tidak mengetahui bahawa bapanya telah terbabit dengan kejadian samun.
Shila Amzah yang dihubungi portal murai.com.my, mengakui terkejut apabila mendapat tahu daripada pihak lain bahawa bapanya itu telah disamun oleh sekumpulan Mat Rempit malam tadi.





Dia berkata, bapanya yang pulang pada jam 6.30 pagi semalam hanya terus masuk ke kamar tidur tanpa memberitahu apa yang terjadi ke atasnya.
"Saya dan mama hanya mendapat tahu papa kena samun apabila dihubungi oleh pihak wartawan semalam yang mahu bertanyakan mengenai keadaan papa saya yang telah disamun lebih kurang pada jam 3.40 pagi itu.
"Saya terus terkejut bila mendapat tahu perkara itu kerana papa tidak memberitahu apa-apa kepada kami. Mungkin juga dia terlalu penat dan tidak mahu kami terlalu risau.
"Walaubagaimanapun, saya dan keluarga menerima dugaan ini dengan redha. Nasib baik papa selamat.Semua yang berlaku ada hikmahnya," katanya .
Penyanyi ND Lala atau nama penuhnya Amir Hamzah Salleh, telah disamun oleh lebih 10 Mat Rempit dalam kejadian awal pagi semalam yang mengakibatkan kereta BMW miliknya rosak teruk dan telefon bimbit iPhone serta kunci keretanya dirampas penyamun.
Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan, kejadian itu berlaku sekitar jam 3.40 pagi di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang, awal pagi semalam dan telah ND Lala kerugian hampir RM4,000 keseluruhannya.
Sementara itu, isterinya, Fauziah Sarmen, 43, yang cemas pada mulanya selepas mendengar berita tersebut bagaimanapun bersyukur suaminya selamat biarpun mengalami kecederaan kecil di badannya.
"Saya memang terkejut dan terus jadi panic apabila dapat tahu ND Lala kena samun padahal dia tidak menunjukan apa-apa yang mencurigakan ketika pulang ke rumah.
"Namun saya tahu, ND Lala buat demikian kerana dia tidak mahu saya panic dan susah hati kerana saya memang seorang yang tidak boleh mengawal perasaan.
"Apa-apa pun saya syukur apabila semuanya selamat. Dia pun sudah membuat laporan polis dan laporan kesihatan. Alhamdulilah tiada apa yang perlu dirisaukan," luahnya.


1 comment:

  1. Pandai ND Lala simpan rahsia. tak mau keluarga dia risau.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...