Tuesday 20 December 2011

GEMPAR!Suhaila Pertikai Kenyataan Jimmy Shanley




Selepas membuat tuntutan kembali taat terhadap isterinya, Suhaila, gagal, Jimmy Shanley sekali lagi ke mahkamah untuk membuat penjelasan berhubung pergolakan rumah tangga mereka.


Seperti yang Jimmy maklumkan kepada mahkamah, isterinya itu masih ketagih judi dan merokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin.

Malah Jimmy juga mendakwa Suhaila pernah melakukan pertaruhan di Internet ketika berada di rumah keluarganya di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh.
 
Selain itu, hal ini diburukkan dengan sikap Suhaila yang suka melayan Facebook dan pesanan ringkas Blackberry (BBM) tanpa menghiraukan Jimmy dengan menganggap melayan kawan-kawan lebih penting daripada melayan suami.

MH Online menghubungi Suhaila bagi mendapatkan komen berkenaan perkara yang didedahkan Jimmy di mahkamah.

Melalui ibunya, Datin Muniroh, Suhaila menyatakan menerusi kiriman SMS berbunyi;

"Saya tidak mahu mengaibkan Jimmy. Walaupun banyak perkara yang dapat saya keluarkan untuk mengaibkanya. Kerana buruk baik pun, dia pernah bertahta di hati saya dan kini menjadi bapa anak saya."

Dan berikut pesanan Datin Muniroh iaitu ibu mentua Jimmy;

"Mahkamah bukan pentas untuk Jimmy mengaibkan isterinya jika dia benar-benar sayangkan rumah tangganya. Bagi seorang muslim yang berpegang pada ajaran Islam, dia tidak akan membuka aib orang lain  lebih-lebih lagi aib  isterinya."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...