Wednesday 21 December 2011

Jimmy Shanley Tak Berniat Mahu Aibkan Isterinya



KUALA LUMPUR, 20 DISEMBER2011: Setelah selesai perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam baru-baru ini, pengacara terkenal, Jimmy Shanley, 31, dilihat seolah-olah telah mengaibkan sebelah pihak apabila mendedahkan tabiat buruk isterinya.
Dalam perbicaraan berhubung kes tuntutan supaya isterinya kembali taat, Jimmy Shanley mendedahkan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk menjadi isteri solehah dan meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.






Menyedari tindakannya itu seolah-oleh seperti sengaja mahu mengaibkan isterinya, Jimmy memberitahu perbicaraan seterusnya selepas ini bakal diadakan secara tertutup bagi menghormati kedua-dua belah pihak.
"Saya tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa dalam kes ini. Tetapi ini tuntutan mahkamah supaya masalah rumahtangga kami dapat diselesaikan dengan baik dan isteri saya kembali taat.
"Namun saya agak kesal bila perbicaraan ini telah dilakukan secara terbuka dan ianya diketahui umum. Oleh itu saya membuat keputusan untuk melakukan perbicaraan secara tertutup selepas ini.
"Biarlah hanya mereka yang berkenaan dan pihak mahkamah sahaja yang tahu. Selebihnya saya akan beritahu keputusan mahkamah sahaja," tegasnya yang ditemui selepas sidang media drama Antara Garisan, petang semalam.
Perbicaraan di hadapan Hakim Saharuddin Selamat yang lalu bakal bersambung pada 23 Februari dan 5 Mac tahun depan.
Dalam pada itu, Jimmy akui dia akan tetap berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya demi kebaikkan anaknya Zahra Rania yang kini berusia enam bulan.
"Saya masih sayangkan isteri saya dan juga anak saya. Kalau boleh, saya mahu anak saya membesar dengan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapanya.
"Jadi saya akan cuba selamatkan rumahtangga ini. Bahkan ibu mertua saya pun mahu saya berjanji supaya tidak akan melepaskan Suhaila.
"Saya juga manusia biasa. Kika saya terpaksa berkorban demi anak, saya rela tempuhi semua ini. Namun apa-apa pun saya akan berserah pada Tuhan untuk menentukan yang terbaik buat saya,"luahnya lagi.
Mereka berdua sebelum ini dilaporkan tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau 20 hari selepas mereka bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...