Tuesday 20 December 2011

Aksi Lindsay Lohan dalam Playboy!






MUKA depan edisi majalah Playboy yang dinanti-nantikan bocor lebih awal diikuti pula gambar di belakang tabir yang menunjukkan Lindsay Lohan hanya memakai gaun sutera.






Dan kini, Playboy pula mengedarkan rakaman gambar pertama aktres itu yang akan dimuatkan dalam edisi Januari-Februari. 
Aktres berusia 24 tahun itu dilihat merebahkan badan dengan rambut perangnya terjurai pada bahu, lengan diangkat ke belakang kepala. Dengan bibir merah menyala yang terbuka, Lindsay dilihat merenung kamera dengan mata separuh terlindung di sebalik bulu matanya yang lebat.

Peminat majalah Playboy sudah pasti akan rasa terkilan dengan ‘gambar bogel’ yang mendedahkan hanya sebahagian dada Lindsay.
Gambar aktres Mean Girls itu dirakam sebelum dia disolek, sambil memegang rokok dan mengusik mereka yang memerhatikannya sementara gaun sutera yang dipakainya terselak di bahagian atas.

Dengan rambut ala Marilyn Monroe terjurai ke bahu, Lindsay kelihatan menawan.
Bagaimanapun, terdapat sesuatu yang tidak kena pada gambar itu. Dia kelihatan tenggelam di sebalik gincu merah dan ekspresi yang menunjukkan dia seolah-olah keliru.

Namun, gambar itu menunjukkan betapa mungilnya Lindsay, dengan kakinya yang kecil terjulur keluar dari kelepet gaunnya dan paha yang sama besar dengan betis.

Edisi Lindsay dijadual berada di pasaran pada Januari tetapi pengasas Playboy, Hugh Hefner berkata, ia sudah boleh diperoleh menjelang pertengahan Disember.

Hefner, dalam laman Twitternya berkata: “Kerana minat dan kebocoran yang berlaku di Internet, kami menjual edisi Lindsay Lohan lebih awal. Nama Lindsay berada di tempat teratas carian di Internet semalam. Hebat.”

Lindsay dilapor menerima bayaran AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk berbogel dalam majalah itu.

Sementara itu, selebriti bermasalah itu terus ditimpa malang apabila beg tangannya dicuri di Hawaii, minggu lalu.

Beberapa jam selepas itu, beg tangan jenama Chanel itu dipulangkan tetapi wang AS$10,000 di dalamnya hilang.

Selebriti berusia 25 tahun itu berada di Hawaii untuk berehat daripada menjalani kerja khidmat masyarakat di sebuah rumah mayat di Los Angeles County, selepas mendapat kebenaran untuk berbuat demikian daripada pegawai perunding caranya.

Jurucakap Lindsay, Steve Honig mengesahkan kepada Mail Online bahawa beg tangan bintang itu dicuri dan kini dia sudah pun memperolehnya semula.

Honig berkata: “Semuanya berada di dalam dompet itu, kecuali wang tunai.”

Lindsay mendakwa bara-ngan miliknya itu dicuri dari jip yang dipandunya me-ngelilingi pulau berkenaan sepanjang berada di sana.

Menurut TMZ, beg itu mengandungi pasport, dokumen tempoh percubaan kes mahkamahnya yang membolehkan dia melancong ke Hawaii dan wang tunai AS$10,000.

Lindsay dijadual pulang ke California minggu ini tetapi tanpa kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan, dia tidak boleh menaiki pesawat.

Dia sepatutnya muncul di mahkamah di Los Angeles pada Rabu untuk mendengar status kesnya.

Majalah Playboy edisi Januari/Februari mula dijual Jumaat lepas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...