Sunday, 4 December 2011

Terkini! Farid Kamil Tinggalkan Diana Danielle Keluar Negara

PELAKON dan pengarah muda, Farid Kamil, 30, membuktikan yang dia serius menceburi dunia lakonan apabila sanggup mengeluarkan bajet sendiri bagi mengikuti kursus jangka pendek selama tiga minggu di Australian Stunt Academy di Brisbane.



Dia ke sana bulan lalu mengambil kursus aksi lasak, sesuai dengan genre filem arahannya kini yang menjurus kepada cerita gangster, kongsi gelap dan mat rempit. Farid memilih akademi itu kerana ia adalah pusat latihan terbaik yang menyediakan tenaga pengajar paling terlatih yang mana mereka juga adalah karyawan yang terbabit dalam pembikinan filem aksi hebat Hollywood antaranya Mission Impossible 2 dan Batman - The Dark Night.



“Saya berharap akan dapat sesuatu yang memberi manfaat kepada kerjaya seni selaku pelakon dan pengarah. Ilmu yang ada belum cukup untuk saya membuat persediaan pada masa depan kerana saya perlu mengorak langkah lebih berani dan lebih jauh. 

“Setakat apa yang saya tahu, sekarang belum cukup kukuh untuk muncul sebagai pengarah yang disegani ramai suatu hari nanti. Semua bidang dan sektor pekerjaan melalui perubahan yang amat ketara dan kalau kita tidak mengejarnya, pasti akan ketinggalan. Setiap hari ada saja teknik terbaru dalam pembikinan filem terutama filem aksi,” katanya



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...