Sunday 4 December 2011

Mana Engku Emran?



MULANYA agak berat juga Diva nak tulis tentang pertanyaan ramai pihak berkaitan dengan bos Bernama TV ni. Tetapi memandangkan ramai yang bertanya status Engku Emran Engku Zainal Abdin di saluran berita itu, Diva pun tiba-tiba menjadi detektif kepoh.



Kalau bukan di Bernama, Diva yakin Emran ada profil kukuh dalam liga tersendiri.
Pengetahuan dan pengalaman dia di radio dan agensi berita selama ini membuktikan suami Erra Fazira itu mampu menyandang kerusi yang setaraf bahkan lebih baik daripada apa yang pernah dia duduki.
Bekas nakhoda saluran radio boleh tahan popular itu buat kejutan dua tahun lalu kerana tinggalkan zon selesa di Suria FM. Tapi tidak mustahil jika abang Emran kita ni akan menyertai kumpulan penyiaran baharu Asian Broadcasting Network.
Diva pun tiba-tiba gedik nak tahu perkembangan Emran apatah lagi tidak lama dahulu dia pernah didakwa menjalin hubungan terlarang dengan rakan sekerja.
Kalau nak tahu juga apa Emran sedang buat sekarang, apa kata yang sibuk bertanya itu, usulkan sendiri kepada pemain watak Mazni dalam Badai Semalam, ada berani?artikel dari http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Diva_Interaktif&pg=dv_01.htm


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...