Tuesday 20 December 2011

TAHNIAH!Britney Spears Bertunang Dengan Jason Trawick




AMERIKA SYARIKAT,19 DISEMBER 2011: Superstar antarabangsa, Britney Spears, 30, akhirnya bertunang dengan kekasihnya, Jason Trawick di Planet Hollywood, Las Vegas pada Jumaat lalu.






Us Weekly melaporkan kedatangan mereka ke Planet Hollywood itu yang pada awalnya untuk menyambut ulang tahun Jason Trawick ke 40 kemudian menjadi sambutan berganda buat pasangan itu apabila mereka muncul untuk mengumumkan pertunangannya.
Britney pada majlis ulang tahun Jason Trawick juga sempat mempamerkan cincin berlian tiga karat bertahtakan berlian yang disarungkan ke jari manisnya.
Menurut sumber berdekatan dengannya, pasangan berkenaan tidak sabar untuk menanti hari untuk menanti hari mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri pula selepas ini.
"Ianya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh mereka sejak dulu lagi. Malah mereka sangat terjua dan gembira untuk menjadi pasangan suami isteri," kata sumber tersebut.
Pasangan tersebut kemudian menghadiri makan malam yang manis bersama bagi meraikan sambutan tersebut di restoran Sugar Factory American Brasserie sebelum ke kelab malam, Chateau yang terletak di Las Vegas.
Pelatun lagu Toxic itu sebelum ini pernah berkahwin dan telah dikurniakan dua orang anak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...