DUNIA hiburan yang pelik dan gila-gila tidak sama tanpa adanya unsur keanehan.
Malah, Paris Jackson mengakui dia menganggap memakai topeng di khalayak ramai adalah perbuatan bodoh.
Bapanya, Michael Jackson sering menutup muka anaknya bagi mengelakkan Prince Michael, 17, Paris, 13 dan Prince Michael II yang berusia sembilan tahun daripada menjadi sasaran lensa kamera jurugambar paparazzi.
Walaupun meluahkan pendapat sedemikian dalam rancangan Ellen DeGeneres, remaja terbabit mendedahkan dia memahami mengapa Raja Pop itu melakukan demikian.
Bercakap mengenai tahun-tahun awalnya, Paris berkata: “Saya berasa, ‘Ini sesuatu yang bodoh, mengapa saya memakai topeng ini?’ Bagaimanapun, apabila meningkat usia, saya sedar bapa hanya ingin melindungi kami dan dia sudah menjelaskannya kepada kami.”
Nampaknya melindungi identiti mereka daripada khalayak awam mempunyai kesan kerana ketika Paris tiba di Sekolah Buckley, tidak seorang pun tahu siapa dia sebenarnya.
Paris berkata: “Saya mempunyai kehidupan kanak-kanak yang normal. Maksud saya, saya dilayan sama seperti kanak-kanak lain. Apabila saya datang ke sekolah baru, mereka tidak tahu siapa saya. Saya berasakan, ‘Ya, saya berpeluang untuk menjadi orang biasa.”
Namun demikian, bintang meningkat naik itu mengejar kemasyhuran dan nama apabila menceburi dunia lakonan filem.
Paris akan memegang watak utama dalam filem fantasi Lundon’s Bridge And The Three Keys berdasarkan siri novel oleh Dennis H Christen.
Paris berkata: “Bapa saya berlakon dalam Moonwalker dan saya tahu dia boleh menyanyi dengan baik tetapi saya tidak tahu dia juga boleh berlakon.
“Saya dapat lihat itu dan saya katakan pada diri, “Wow! Saya mahu menjadi seperti bapa.” Saya masih kecil dan lebih muda daripada Blanket (nama gelaran bagi Prince Michael II) ketika itu.”
Paris berkata: “Kami akan melakukan persembahan bersama. Dia akan memberi kami sedikit maklumat. Dia akan berkata, “OK, dalam babak ini, kamu perlu menangis dan saya akan terus menangis.”
Paris yang memberi kebenaran untuk wawancara itu kemudian menulis di Twitter:
“Melalui masa yang hebat dalam rancangan Ellen hari ini! Ia akan ditayangkan Khamis ini untuk sesiapa yang berminat menontonnya.”

No comments:
Post a Comment