Friday 23 December 2011

Eizlan Yusof Kini Bergelar Datuk Eizlan Yusof!


Nampak gayanya hari ini, pastinya mencatatkan momen manis dan paling pengharga buat beberapa figura seni tanah air kerana menerima satu tanda aras yang boleh dikatakan sebagai pencapaian sepanjang hayat apabila pencapaian, jasa dan sumbangan mereka dihargai dan diiktiraf.

Umum sedia maklum bahawa hari ini, Datuk Mizal Zaini atau Datuk Ac Mizal kini secara rasminya bergelar Datuk selepas menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) peringkat kedua yang membawa gelaran Datuk.
Tidak bersendirian menerima pengurniaan tersebut yang disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dua lagi rakan seperjuangan AC dalam industri hiburan adalah pelakon, Datuk Idris Md Yusof atau lebih dikenali sebagai Eizlan Yusof serta penyanyi dan pakar motivasi, Fazley Yaakob turut menerima Darjah kebesaran yang sama.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...