Friday, 23 December 2011

"Dihati saya Masih Ada ZUL"-Abby Abadi


3 tahun menyemai ikatan kasih, pastinya amat sukar melupakan insan yang pernah singgah dan berada dalam hati kita untuk satu tempoh yang agak lama. Bagaimana harus melupakannya? Tiga tahun bukan tiga hari. Tidak semudah makan kacang cap tangan. Hati berkata ‘mahu’ tapi dalam masa yang sama juga berkata ‘tak mahu lagi’, namun jauh di sudut hati, ruang kosong itu sebenarnya hanya untuk dia, dan berharap dia datang semula. Tapi seakan ada sesuatu yang menghalangnya, apa dia?  ! menebak, barangkali inilah dilema yang dilalui dan dirasai oleh pasangan dua sejoli, aktres dan penyanyi Abby Abadi dan aktor, Zul Ariffin.







Kalau ikutkan saya tidak tahu perkembangan dia sekarang, sebab dah lama tak berjumpa dengannya. Selepas saya menulis meluah segala perasaan saya pada blog itu, kami berbaik semula namun selepas itu benda yang sama terjadi balik, lepas itu kami tidak berjumpa sampailah sekarang,” ujar Abby meluahkan isi hatinya, meski mengukir senyuman namun riak wajahnya jelas tersimpul kesedihan.

“Saya lebih berterus terang sebelum ini, dia tahu saya sayangkan dia. Saya tak mahu bercakap langsung apa punca yang menyebabkan kami berpisah, sebab ianya terlalu peribadi untuk diperkatakan. Dia lebih tahu apa yang menyebabkan kami berpisah dan dia tahu mengapa saya begini,” jelas Abby lagi yang mengakui, setiap kali timbul pergaduhan dirinya sering mengalah untuk berbaik semula, cuma kali ini, rajuk hati wanita berusia 34 tahun ini tidak dapat dibendung lagi.
Tambah Abby, meski di hatinya punya bekas kecewa rentetan apa yang berlaku sebelum ini, namun jauh di sudut hatinya, dia berharap andai keadaan dapat dipulihkan balik, hatinya masih sudi dan terbuka untuk menerima Zul semula dan tidak pedulikan apa yang telah berlaku sebelum ini. Kerana di hatinya, masih ada pada Zul.
Abby turut memberitahu bahawa Zul tidak menelefon mahupun menghantar sebarang SMS kepadanya selepas apa yang berlaku di antara mereka. Rentetan itu, hubungan mereka semakin renggang dan seterusnya membawa kepada status perhubungan yang masih ‘samar’ di mata Abby.
“Saya masih sayang pada dia, di hati saya hanya ada Zul. Tapi kalau peluang untuk berbaik semula tidak berpihak pada kami, saya menganggap tiada jodoh di antara kami. Saya pernah rasa hilang arah, puas nangis, tapi kalau ini yang sudah tertulis, saya harus menerimanya suka ataupun tidak, saya harus move on,” tambah Abby lagi.
Jika Zul sebelum ini berani mengenepikan egonya dengan mengakui Abby wanita terbaik yang pernah ada dalam hidupnya, Abby pula seakan sukar untuk menterjemahkan segala rasa kasih sayangnya terhadap Zul dalam kata-kata, cukup baginya mengatakan hubungan bersama Zul sangat meninggalkan kesan dalam pada dirinya meskipun sebelum ini dia pernah mendirikan rumah tangga.
Ketika ditanya sama ada dirinya juga jadi ‘stalker’ di laman sosial semata-mata mengetahui perkembangan Zul, tidak semena-mena terukir senyuman lebar di wajahnya, atau boleh kami katakan, hatinya seakan berbunga seketika.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...