PETANG Sabtu lalu, ketika sibuk bersiap untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan, telefon bimbit bertubi-tubi menerima pesanan BBM daripada seorang teman yang boleh tahan kuat bergosip dan lucu orangnya.
Laju mengalahkan pecutan kenderaan Formula One dia menaip dan menyampaikan maklumat betapa kagumnya dia dapat melihat pelakon cantik jelita, Neelofa (gambar) secara ‘live’ yang sibuk membeli barang di Cold Storage di Great Eastern Mall, Ampang.
Memang dari mula lagi SS tahu yang teman SS itu meminati Neelofa atau mesra dengan panggilan Lofa. Disebabkan itu keterujaannya sukar sekali dibendung.
Bahagian paling ‘best’ apabila teman itu sengaja mahu bikin suspen dengan mengatakan, “Tapi....Lofa tidak berseorangan kerana ada jejaka tampan bersama. Ceteka! ceteka!” begitulah baur bunyi BBM teman tadi.
Bahagian paling ‘best’ apabila teman itu sengaja mahu bikin suspen dengan mengatakan, “Tapi....Lofa tidak berseorangan kerana ada jejaka tampan bersama. Ceteka! ceteka!” begitulah baur bunyi BBM teman tadi.
Malas nak layan soalan trivia dalam keadaan yang kesuntukan masa, minta saja teman tadi berterus-terang dan akhirnya teman memberitahu dia terserempak dengan Lofa dan Hans Isaac . Mereka berdua saja, tanpa ditemani sesiapa.
Kata teman, Lofa ketika itu mengenakan pakaian berwarna kuning bersama ‘tights’ hitam manakala Hans pula memakai kemeja-T dan seluar denim.
Malah, teman sempat memuji pinggul Lofa ‘power’. Ish terlebih sudah teman itu, mulut tidak ada insurans! Bagaimanapun kata teman itu lagi, dia tidak nampak pula Lofa atau Hans berpegangan tangan atau berpelukan namun mereka kelihatan sangat serasi.
Daripada pemerhatiannya, pasangan itu khabarnya mencari barang-barang dapur.
Amboi! mesra dan romantiknya. Siapa yang hendak masak untuk siapa ni?
Setahu sebelum ini, kedua-dua mereka tidak mengaku bercinta walaupun ada khabar mengatakan mereka saling terpaut dan intim sejak digandingkan sebagai pelakon utama filem Lemak Kampung Santan.
Tetapi daripada keterangan teman itu yang cuba-cuba juga untuk mengambil gambar curi, seolah ada sesuatu yang istimewa sedang mengusik perasaan mereka.
Kalau sudah berkasih-kasihan kenapa pula mahu sorok-sorok. Mengaku sajalah, kan senang? daripada pihak media dan peminat terus berteka-teki. Lagipun, mereka berdua masih ‘single’ bukannya merampas hak sesiapa.
No comments:
Post a Comment