LEBIH 20 komen negatif di Internet tidak sedikitpun menjadi kudis buat aktres jelita Maya Karin Roelcke untuk merealisasikan watak Izzah sebaik mungkin dalam filem Ombak Rindu seperti dikehendaki pengarahnya.
Malah, kata Maya yang berdarah kacukan Jerman-Melayu, dia berusaha memberikan lakonan terbaik sekali gus membuktikan pada peminat, watak Izzah, gadis kampung yang naif dalam filem arahan Osman Ali itu memang tepat buatnya.
“Saya memang berdebar menanti filem ini menjengah pawagam kerana sebelum saya ke lokasi penggambaran filem ini satu setengah tahun lalu, ada pihak yang mempersoalkan kredibiliti saya untuk bawa watak Izzah kerana mereka menganggap ia lebih sesuai dibawakan pelakon Lisa Surihani (watak model dan pelakon terkenal, Mila Amylia dalam filem ini).
“Mengikut novel ini, Izzah, wanita yang lemah lembut dan banyak bermain dengan mata untuk menunjukkan ekspresi wajahnya. Izzah juga dijual bapa saudaranya kepada tauke kelab malam kerana kesempitan hidup.
Selesa hidup solo
SAMPAI saat ini, Maya belum terfikir soal mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hidupnya.
“Saya berasa selesa untuk hidup sendiri dan belum terfikir soal berpasangan, ketika ini.
“Saya bertuah kerana ada pendidikan yang baik dan mempunyai kewangan yang stabil untuk menyara hidup sendiri. Saya juga boleh keluar sendiri untuk melihat dunia di luar sana.
“Sejak hidup solo, saya juga sudah kembali tinggal dengan keluarga di Sungai Penchala dan emak juga suka saya tinggal dengannya. Ada kalanya, saya juga berasa sunyi tapi nak buat macam mana?” katanya.
Ditanya sama ada dia akan memilih jejaka Mat Salih sebagai calon suami, Maya mengakui dia tidak letak syarat pada aspek fizikal seseorang dalam mencari teman hidup.
“Saya inginkan calon suami yang boleh masuk budaya Melayu, Asia dan Mat Salih sama seperti saya. Kalau dapat lelaki campuran macam saya pun bagus,” katanya.

Followed...salam pkenalan..
ReplyDeletewsalam balok theorydomino. tthanks sudi follow my blog :)
ReplyDelete