DISEBABKAN sangat jarang melihatnya bersendirian, tidak hairanlah apabila Victoria Beckham membawa bayi perempuannya ke kelas belajar karate, baru-baru ini. Isteri David Beckham itu menemani anak ketiganya, Cruz, mengikut�i aktiviti sekolah di Sherman Oaks, Los Angeles, sambil ditemani Harper, lima bulan.
Bekas anggota Spice Girls itu ternyata mengotakan janjinya ketika ditemubual majalah Hello! baru-baru ini.
Dalam temubual itu, Victoria berkata, dia akan memastikan Harper berada di sisinya setiap masa,.
Mengenakan jaket kulit hitam dan kaca mata besar, Victoria, 37, memastikan anak perempuan tunggalnya itu sentiasa dekat dengannya dalam balutan selimut kelabu.Penampilan fizikal Harper menunjukkan dia mewarisi rambut hitam penyanyi Britain itu.Ketika meninggalkan kelas latihan karate, Cruz, 6, juga kelihatan rapat dengan ibunya sambil melangkah ke kereta dengan pakaian seragam seni bela diri itu. Victoria - baru saja memenangi pengiktirafan tertinggi di Anugerah Fesyen
Britain minggu lalu - juga menyatakan dalam temubual dengan Hello! mengapa dia tidak membawa semua anaknya jika mengembara. Mengenakan jaket kulit hitam dan kaca mata besar, Victoria, 37, memastikan anak perempuan tunggalnya itu sentiasa dekat dengannya dalam balutan selimut kelabu.Penampilan fizikal Harper menunjukkan dia mewarisi rambut hitam penyanyi Britain itu.Ketika meninggalkan kelas latihan karate, Cruz, 6, juga kelihatan rapat dengan ibunya sambil melangkah ke kereta dengan pakaian seragam seni bela diri itu. Victoria - baru saja memenangi pengiktirafan tertinggi di Anugerah Fesyen
“Memang anak-anak akan mengikut saya ke mana saja, tapi pada masa sama, mereka perlu ke sekolah,” katanya.
Victoria turut menyatakan, pada malam dia menerima anugerah berprestij itu, Harper berada di bilik hotel di atas majlis berkenaan dilangsung�kan.
“Suami dan anak-anak menjadi inspirasi kepada ciptaan fesyen saya,” katanya.
Kata Victoria, suaminya sentiasa memberi galakan dan keyakinan kepada setiap apa yang dilakukan, manakala anak-anak menjadi sumber ilhamnya.
Begitu juga, katanya, ibu dan bapanya.
“Keluarga sangat bermakna kepada saya,” katanya.
Ketika Victoria menerima anugerah itu, Beckham tidak hadir kerana terpaksa menyertai pasukannya, LA Galaxy, mengadakan lawatan ke Jakarta, Indonesia.
Bagaimanapun, kejayaan Victoria segera mendapat perhatian Beckham apabila dia mengucapkan tahniah melalui Facebook.
Sementara itu, Victoria berkata, dia nyaris terlupa mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak ketika diumumkan sebagai penerima tertinggi anugerah berkenaan.
Kata Victoria, mindanya “kosong” kerana jenuh melawan gemuruh di atas pentas walaupun dia bukanlah asing beraksi di depan ribuan peminat ketika menyanyi bersama Spice Girls.
“Memanglah, bagi orang lain mereka menyangka saya tak ada masalah menaik pentas kerana saya pernah melakukannya berkali-kali dulu.
“Sebenarnya, pengalaman di majlis minggu lalu itu paling mendebarkan sepanjang hidup,” katanya.
Kepada majalah OK!, Victoria mengaku dia tidak mempunyai rakan ketika zaman remaja.
Walaupun begitu, katanya, pengalaman itu mengajarnya menjadi lebih tabah.
“Ketika berusia lapan tahun, saya budak perempuan kurus yang gemar mengikat rambut dan ada jurang besar pada gigi depan.
“Ia memang menyeksakan dan saya tak selesa dengan keadaan itu,” katanya.
Lebih memburukkan ke�adaan, katanya, kanak-kanak di kawasan kediamannya sering menjadikan dia bahan cemuhan.
“Dalam keadaan begitu, saya berazam untuk membuktikan bahawa satu hari nanti mereka akan menyesal,” katanya.
Hasil sokongan bapanya, Tony, dan ibunya, Jackie, yang hadir bersama orang lain
di majlis Anugerah Fesyen Britain itu, Victoria berusaha menahan dirinya daripada menangis ketika menerima trofi daripada Marc Jacobs.
Ketika diberi peluang berucap ringkas, Victoria sempat mengucapkan penghargaannya kepada industri fesyen Britain yang banyak menyokong aktivitinya.
Dia juga tidak melupakan pasukan sokongannya, termasuk rakan dan pasangan bisnes�nya, Simon Fuller.
Jacobs pula berkata, Victoria adalah seorang ibu dan isteri yang hebat.
Katanya, Victoria pernah berkata kepadanya, apa saja halangan yang ada dalam hidup akan ditempuhinya.
Dalam perkembangan lain, ada khabar angin menyebut Victoria kini menimbang idea untuk berpindah semula ke United Kingdom.
Sumber memberitahu majalah Closer, Victoria kini “tidak sabar-sabar” untuk kembali menetap berdekatan dengan keluarganya di London.
“Ia memang diimpikan Victoria,” katanya.
Walaupun Victoria gembira dengan suasana cuaca dan gaa hidup di Los Angeles, dia masih bimbang kerana terpaksa berjauhan daripada keluarga.
Pada masa sama, Beckham dilaporkan mempertimbang�kan cadangan mengikat
kontrak 18 bulan dengan pasukan Paris Saint-Germain.
Jika ia menajdi kenyataan, keluarganya juga akan berpindah ke Perancis.
No comments:
Post a Comment