Tuesday 6 December 2011

TERKINI:Sobri nak jumpa Zaiton Sameon


KUALA LUMPUR, 6 DISEMBER 2011: Tidak berniat mahu menghina jauh sekali untuk menjatuhkan maruah penyanyi vateran Zaiton Sameon, jelas pelawak Sobri Anuar, 35 apa yang berlaku sama sekali tidak disengajakan.






Terkejut apabila lawak jenaka yang dibuatnya iaitu dengan meniru gaya penyanyi tersebut ketika waktu selingan Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM-18) serta di gelangang Maharaja Lawak Mega(MLM) baru-baru ini telah dikritik ramai, Sobri Anuar memberitahu portal murai.com.my bahawa dia akan menemui Zaiton Sameon dalam masa terdekat untuk memohon maaf.

"Saya akan pergi berjumpa dengannya dalam masa terdekat. Saya akan pergi bersama kedua ibu bapa saya untuk meminta maaf secara peribadi.

"Sama ada dia sudi memaafkan saya atau tidak, itu terpulang kepada dirinya.Niat saya ikhlas dan saya mahu membuktikan kepadanya, bahawa saya tidak berniat mahu menjatuhkan maruahnya," katanya ketika dihubungi portal murai.com.my.

Menyambung perbualan, kata anggota kumpulan Bawal Power menerusi program MLM itu, dia amat menghormati serta menyanjungi pelantun lagu Menaruh Harapan itu tanpa menyimpan sebarang niat untuk memalukan atau memperlekehkannya.

"Saya hormat, sayang dan menyukai bakat yang ada pada dirinya. Tidak terlintas untuk saya menghinanya.

"Ingin saya nyatakan di sini, ketika membuat persembahan selingan di malam semasa AIM 18 yang lalu, saya tidak berkesempatan memberitahu bahawa watak Eton Malaun yang saya bawakan itu bukanlah Zaiton Sameon.
"Tapi masa terlalu terhad, jadi saya tidak sempat beritahu kepada umum. Namun semasa MLM saya sempat beritahu watak saya bawa ialah Eton Malaun," jelasnya kepada portal murai.com.my.

Mengakui apa yang berlaku sebagai satu pengajaran buat dirinya, kata lelaki berusia 35 tahun itu, dia berharap isu berkenaan tidak lagi diperbesarkan.

"Apa yang berlaku merupakan satu pengajaran buat saya pada masa depan, agar lebih berhati-hati ketika membuat komedi.

"Malah dalam masa yang sama, saya perlu membuat komedi yang sesuai dengan persekitaran," jelasnya mengakhiri perbualan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...