Monday 12 December 2011

TERKINI:Putera Henry & Pippa Bercinta?



APABILA Pippa dan Putera Harry hampir menenggelamkan kakak dan abang masing-masing di majlis perkahwinan diraja, orang ramai serta-merta menganggap mereka pasangan yang sesuai.





Dan kini, ia kelihatan mereka sudah memenuhi harapan mereka. 
Pippa dan Harry begitu intim ketika di lihat berjalan bersama-sama di Soho, minggu lalu. Malah pasangan itu begitu teruja ketika gambar mereka dirakamkan. Tetapi, ia sebenarnya bukan seperti yang dilihat.

Pasangan itu adalah model yang memperaga untuk jurugamber seiras terkenal, Alison Jackson.


Allison menjadi terkenal kerana foto yang dihasilkannya, khususnya membabitkan keluarga diraja.

Dia kelihatan begitu taksub untuk melihat Harry dan Pippa intim.

Bulan lalu, Allison menghasilkan imej yang seolah-olah menggambarkan betapa mesra pasangan itu di majlis jamuan perkahwinan William dan Kate.

Kini, selepas Pippa, diketahui umum sudah berpisah dari teman lelakinya, Alex Loudon, Allison bertindak untuk meluaskan hubungan pasangan itu dan membayangkan mereka berpacaran di Soho, London.

Allison mungkin cuba untuk memastikan ketulenan gambar itu dengan meminta model yang berlagak seperti Harry, memakai jaket tentera.

Hannah Williams yang mirip Pippa, memakai kot putih sama dengan yang dipakai adik ipar Putera William itu ketika bermain gelungsur ais di Somerset House, serta boot hitam paras lutut.

Yang menggelikan hati, dalam beberapa gambar yang diambil, Walker kelihatan seperti dia cuba menyamar dengan memakai kaca mata hitam.

Namun, gambar paling meyakinkan ialah apabila pasangan itu bercium.

Gambar itu adalah satu ‘olok-olokan’ untuk mempromosi buku terbaru Allison yang berjudul Exposed!.

Ia dikatakan sebagai ‘cerita’ di sebalik tajuk akhbar dengan koleksi cerita terbaik sepanjang 2011.

Gambar itu yang dimuatkan termasuk mereka yang mirip dengan beberapa tokoh, dari Ed dan David Miliband, melakukan gusti tangan untuk berebut menjadi ketua Parti Buruh hingga David dan Victoria Beckham memilih nama untuk anak perempuan mereka.

Antara gambar yang dirakam Allison sebelum ini termasuk yang mirip Tony dan Cherie Blair serta Duke dan Duchess Cambridge.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...