Tuesday 6 December 2011

TERKINI:Datuk Jalalludin Hassan minta suami Nursyella bersihkan nama Ex KP


asanya sampai saat ini satu Malaya sudah tahu yang bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bukanlah suami kepada Syella Kamaruddin seperti yang di’hebohkan media ringan.
Namun sehingga hari ini, identiti sebenar siapa suami bekas penyanyi tersebut masih menjadi tanda tanya.

Walaupun wajah’nya sudah muda terdedah di’beberapa laman hiburan, namun lelaki tersebut masih membisu dari memberi kenyataan media.
Mengulas isu ini, Datuk Jalaluddin Hassan yang merupakan adik kandung Tan Sri Musa Hassan berkata ini sesuatu yang memalukan keluarga & menolak kemungkinan yang abang beliau sanggup berkahwin satu lagi tanpa pengetahuan keluarga.
Untuk menjernihkan keadaan, Jalaluddin Hassan meminta supaya Syella Kamaruddin berhenti menyembunyikan identiti sebenar suami beliau dan juga meminta lelaki tersebut untuk keluar dan bertanggungjawab.
“Sekiranya suami Syella rasa bertanggungjawab terhadap isu ini, dia harus datang ke depan dan tonjolkan dirinya,” ujar Jalaluddin Hassan
Khabarnya, antara sebab utama suami Syella Kamaruddin tidak muncul memberi kenyataan adalah berikutan pihak isteri pertama yang tidak tahu menahu tentang perkahwinan baru ini. Hmm.


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...