Tuesday 20 December 2011

TERKINI:Amber Chia Dan Anaknya di pentas runway!





KUALA LUMPUR, 19 DISEMBER 2011: Kalau sudah ibunya seorang supermodel, maka ke mana tidak tumpahnya bakat semulajadi Amber Chia itu kalau tidak kepada anaknya Ashton Wong yang kini sudah berusia setahun tiga bulan.






Beginilah aksi Ashton yang kelihatan cukup gembira apabila diberi kesempatan melalui laluan runway bersama-sama ibunya ketika majlis pelancaran Amber Chia Academy di pusat beli-belah Times Square baru-baru ini.
Malah Ashton menjadi lebih teruja apabila penampilan khasnya itu telah mendapat tepukan ramai dan langsung tidak menunjukan rasa takut sebelum si ibu datang memimpininya untuk menghabiskan laluan penuh glamor itu.
Lebih istimewa lagi, itulah pertama kali Amber Chia memberi peluang kepada anak sulungnya itu berjalan di runway sebagai melahirkan rasa bangga dengan kewujudannya yang telah menyerikan rumah tangganya bersama Adrian Wong.
Mungkin itu juga adalah hadiah terbaik daripada Ashton buat ibunya itu sempena meraikan ulang tahun kelahiran ke-30 Amber Chia bersama-sama keluarga dan rakan taulan terdekat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...