Thursday 1 December 2011

Susahnya Menjadi Apex @ Kairul Fahmi Che Mat





Apek dilihat bersama gadis lain: Khairul Fahmi Che Mat, 22, dikatakan dilihat bersama seorang gadis yang bukan tunangnya. Gadis itu dikatakan lebih cantik dan ‘hot’ dari tunangnya, Armie Harmelia atau Elia, 22, dan ini mula menimbulkan spekulasi orang ramai tentang status pertunangan mereka. Pada masa yang sama, Elia telah membuat satu entri di blognya, Jejari Runcing, tentang doa dan harapannya untuk seorang kekasih.


Gambar Dalia Teck tersebar: Gambar gadis yang dikatakan keluar dengan Khairul Fahmi mula tersebar. Beliau dikatakan bernama Dalia Teck (nama skrin twitter dan Facebook) dan merupakan seorang model berusia 18 tahun. Sebaik sahaja ini tersebar, Dalia terus menyahaktifkan akaun Twitter dan Facebooknya. Elia membuat kenyataan di Facebook peribadi yang Khairul Fahmi telah meninggikan suara pada ibunya.
Elia tidak tahu: Elia menyatakan yang dia tidak tahu Khairul Fahmi ingin memutuskan pertunangan dan mendakwa tidak diberitahu oleh Khairul Fahmi. Beliau juga mendakwa Khairul fahmi mengelak untuk berjumpanya dan berkata dia mempunyai bukti ada orang ketiga dalam perhubungan mereka.
Kenyataan bekas teman lelaki Elia: Seorang lelaki yang mengaku dia adalah bekas teman lelaki Elia telah muncul memberikan komen di Forum Cari yang dia tidak terkejut dengan keputusan Khairul Fahmi dan berkata dia berharap Elia akan berubah ke arah manusia yang lebih baik. Kesahihan cerita lelaki ini, yang dikatakan akan menyambung pelajaran peringkat PhD ke Universiti Princeton, Amerika Syarikat, tidak dapat dipastikan.





Apek minta maaf: Khairul Fahmi meminta maaf kepada orang ramai melalui Murai, berkata dia tidak dapat menceritakan sepenuhnya apa yang berlaku dan menafikan dia adalah seorang ‘kaki perempuan’. Dia berkata keluarganya akan memulangkan cincin pertunangan kepada Elia secara rasmi dalam masa terdekat. Dia juga mendakwa sudah memberitahu Elia akan keputusan untuk memutuskan pertunangan tetapi Elia tidak memberi reaksi.
Refleksi gadis di kaca mata hitam Apek: Seorang bernama Nureen menghantar e-mel memberitahu kepada BeautifulNara yang dia merupakan seorang pekerja Palace Of The Golden Horses. Dia turut mendakwa nama Khairul Fahmi tersenarai dalam senarai penginap hotel pada 17 Julai 2011, selepas perlawanan dengan pasukan Arsenal dan sebelum perlawanan menentang Liverpool. Beliau turut menghantar satu gambar di mana terdapat refleksi seorang gadis mengambil gambar di bilik hotel pada kaca mata Khairul Fahmi.
Pengakuan Dalia tentang hubungan dengan Khairul Fahmi Che Mat. Dalia mengesahkan yang mereka sedang bercinta dengan persetujuan Khairul Fahmi.
Isu ini sejuk seketika, bagaimanapun isu ini hangat kembali apabila gambar-gambar Khairul Fahmi Che Mat dengan kekasihnya Dalia sedang menyambut hari lahir di sebuah restoran Itali di Bukit Bintang dihantar oleh individu tertentu ke BeautifulNara. Disebabkan terdapat gambar arak di meja, Kharul Fahmi menerima pelbagai kritikan, walau pun begitu dia menafikan dia telah minum arak. Nur Dalia yang dihubungi oleh pihak kami juga mendakwa dia tidak minum, sebaliknya hanya menyambut hari lahir di sana. Seorang saksi juga telah muncul memberitahu kami dia ada di restoran itu sewaktu sambutan hari lahir Dalia dan mengakui Khairul Fahmi tidak minum arak. Beri perhatian yang gambar-gambar ini dihantar pada masa Khairul Fahmi sedang membuat persiapan dan menumpukan konsentrasi pada Sukan SEA. Penghantar gambar meminta untuk dirahsiakan, dan carian kami mendapati tiada keputusan carian di Google melalui e-mel tersebut. Kami menyimpulkan yang e-mel ini memang direka untuk menghantar gambar-gambar tersebut dengan tujuan tertentu. Pasukan Malaysia, walau bagaimanapun berjaya meraih Pingat emas Sukan SEA, dan Khairul Fahmi adalah antara penyumbang kejayaan tersebut.
Khairul Fahmi Che Mat  dikatakan telah menghubungi bekas tunangnya untuk meminta bantuan berkenaan penyebaran gambar sambutan hari lahir Dalia, tetapi ini dinafikan oleh Khairul Fahmi yang mendakwa dia hanya menghubungi ibu bapa dan kekasihnya sebelum ke Indonesia. Menyifatkan gosip baru itu sebagai tuduhan tak berasas, Khairul Fahmi turut membuat kenyataan tentang pihak yang hendak membuatnya jatuh dan tidak gembira, tetapi dia juga berkata dia tak akan mempedulikan semua itu. Dia turut meminta orang ramai agar berhenti memperkatakan tentang kisah peribadinya kerana fokus yang lebih penting ialah tugasnya sebagai pemain kebangsaan yang berusaha membantu negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2011
Menjelang perlawanan penentuan kelayakan Pra-Olimpik, gambar-gambar mesra Khairul Fahmi dengan Shida Harmi telah disebarkan ke Rotikaya. Carian melalui Google menunjukkan e-mel tersebut juga tiada keputusan carian, memberi kesimpulan ia memang direka untuk menyebarkan gambar tersebut. Khairul Fahmi dan Shida Harmi bagaimanapun telah tampil mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini, menyatakan mereka hanya bergambar dan bukti cakupan skrin SMS tentang mereka pernah ‘tidur bersama’ telah dipalsukan. Shida Harmi juga telah mengeluarkan kenyataan di Harian Metro hari ini dan berkata dia akan berkahwin dua minggu lagi dan akan mengambil tindakan undang-undang untuk mengelakkan perkara ini berlarutan.
Persoalan yang berbangkit di sini ialah:-
1) Penyebaran gambar yang memang dikumpul oleh seseorang individu/individu-individu dengan tujuan yang sama.
2) Penyebaran yang dilakukan sebelum perlawanan-perlawanan bola sepak yang penting.
3) Terdapat individu-individu yang sememangnya menyimpan gambar-gambar dan menunggu masa yang sesuai untuk diedarkan, dan disebabkan ia disebarkan sebelum perlawanan-perlawanan penting, kami menyimpulkan ia disebarkan untuk mengganggu konsentrasi Khairul Fahmi.

Pada Khairul Fahmi, kami nasihatkan, berhati-hati dan muhasabah diri. Sememangnya ada insan di luar sana yang ingin melihat anda jatuh, dan masih belum terlewat untuk berubah ke arah lebih baik. Walaupun anda bukan artis, tetapi anda tetap seorang selebriti, dan kisah peribadi anda akan menjadi perhatian orang ramai. Semoga anda akan menjadi insan dan ahli sukan yang lebih baik pada masa akan datang.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...