Tuesday 6 December 2011

Rezeki Kahwin ke Rozita Che Wan?


NAMA Rozita Che Wan atau nama manjanya Che Ta rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat dunia seni tempatan. Tanyalah siapapun daripada golongan kanak-kanak hinggalah membawa kepada warga emas, semua kenal dengan pelakon cantik yang juga sering dikaitkan dengan kontroversi ini.






Walaupun ada yang me�nyampah dengan kontroversi yang melanda Che Ta, masih ada yang sukakan lakonannya. 
Rasanya sudah lama juga SS tak usik-usik Che Ta. Terbaru, SS dengar lagi cerita menarik mengenai Che Ta. Kali ini bukanlah cerita sensasi mengenai kisah cinta dengan Shahir, sebaliknya berkenaan drama lakonannya yang dikatakan menjadi ‘trademark’ untuk Saluran Warna di Astro.

SS difahamkan dari satu sumber, pihak atasan saluran itu sudah berikan lampu hijau untuk penerbitnya supaya menyambung siri Kiah Pekasam yang sangat popular di kalangan penonton terutamanya di utara Semenanjung. Dengarnya kebenaran sudah diberikan agar Kiah Pekasam disambung terus untuk musim ketiga dan keempat. Kelas Che Ta!
Mungkin ada beberapa perubahan akan dibuat terhadap drama itu namun Che Ta khabarnya masih dikekalkan sebagai tonggak utama. Manakala jalan ceritanya akan dimantapkan lagi supaya terus menarik hati penonton.

Apapun ini baru khabar angin dan kenalah tunggu penjelasan lanjut daripada pihak Astro Warna nanti sama ada cerita ini betul atau tidak.

Dalam pada itu, sumber ini bercerita lagi, Che Ta juga akan mencipta sejarah kerana sebuah telemovie berjudul Rozita Che Wan akan dihasilkan untuk tontonan peminat bagi saluran yang sama.

Produksi yang menghasilkan drama ini tak lain tak bukan Zeel Productions
yang sinonim dengan Rozita menerusi Kiah Pekasam.

Dengan cerita telemovie ini dihasilkan ala realiti TV yang akan memaparkan kehidupan sebenar Che Ta selama seminggu. Pelakon utamanya tentulah Che Ta kerana hanya kehidupannya yang jadi fokus utama.

SS terbayang mungkin telemovie ini dihasilkan macam program The Simple Life Paris Hilton & Nicole Richie. Namun rasanya telemovie ini pasti ada kelainan dan ditunggu-tunggu oleh ramai penonton.

Walaupun SS terdengar banyak cerita dikaitkan dengan sikap Che Ta yang dikatakan pernah minta bayaran melampau, SS diberitahu pihak Zeel Productions bahawa mereka rancang nak menghasilkan pelbagai program untuknya termasuk program masakan dan bual bicara Che Ta. Maklumlah nampak macam Che Ta boleh jadi pengacara selepas mengendalikan Anugerah Skrin yang lepas. 






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...