Monday 5 December 2011

Perang Artis Di Twitter


Faezah Elai-Heykal Hanafiah vs Jaja Nadzir


Ramai yang sedia maklum tentang cerita mereka bertiga. Khabar angin Faezah Elai mempunyai hubungan dengan pengarah drama 'Asmara', Heykal Hanafiah yang ketika itu masih lagi bergelar suami kepada Jaja Nadzir, mula bertiup hujung tahun lalu. Namun dinafikan aktres itu.

Semuanya seakan terjawab apabila Faezah mengumumkan dia bakal berkahwin dengan Heykal - yang telah pun kembali menduda pada Mac lalu - pada 9 September. Diingatkan segala kontroversi yang timbul dapat ditutup dengan perkahwinan mereka. Hendak dijadikan cerita, kurang dua minggu pasangan ini melayari bahtera rumahtangga, tercetus 'peperangan' diantara mereka dan kakak Heykal, Halena dengan Jaja.




Heykal menulis di Facebooknya: "Biarlah syg...ibaratt anjing sg durian luar menyalak bukit bendera nanti dah letih dia stop la klu Susah Susah repot je kat MPKB suruh tembak...gemuk takpelah asalkan sihat...tak hisa9p rokok...hati jgn busuk mcm najis dah...yg penting I lap u..u lap me...peace no war move onlah"


Tambah Halena: "Sbb tu la jd kuruih kering ncm ngan mayat hidup pun, gara2 sumpahan ibu mertua la tu pasai dulu terlalu biadap sgt. Xpnh jmpa lg manusia yg mcm ni, kalau anak raja ka, xpa la jgk. Ni bapak pun xdak keja, dok eksyen plk"

Akhirnya, Jaja membalas pada 21 Sept menerusi Facebooknya (petikan):

"MasyaAllah kena beristighfar byk2 dgn 'manusia' yg lowest IQ& suka show off their stupidity tru FB!Guna ayat & kata org dgn bahasa kesat LOL..kata move on!kata dah bahagia! but y still ada titik hitam dlm diri siap bapak gua lu kutuk ni dah lebih!U guys deserved each other with family yg setaraf IQnya!BTW i slim by choice x yah berangan sbb sumpahan@mkn hati drp gemuk pendek! (FYI- for your info if x tau apa plak! dulu suh pi belajaq lari dr rumah ikut dot dot & sethn kawin 3x kena cerai till habis talak yg ada semenang kau hebat tu yg kau blh tak de otak kutuk my father :P)..."
Kira-kira sebulan selepas itu, gara-gara Jaja meletakkan statusnya di Facebook: "Hidup kena ikhlas...x yah nak jeles2 tau jgn nak campur kehidupan org if u cant handle the heat! bertutup kepala,hati @ mulut hanya Allah SWT yg tau keikhlasan kita not for u to JUDGE-wahai manusia :)", Faezah pula kebetulannya pada masa yang sama telah 'mengamuk' di Twitter.

"What?me??jealous of you?hahaha you must be joking,jgn sampai aku tunjuk brg tok bomoh ko tu and gambar tgh merokok,menyusu anak tapi merokok"

"Kata islam.bertudung,so kena lah percaya pd qada dan qadar allah,jgn nak salah kan org lain biler salah tu dtg dr diri sendiri"

"I handle myself very well,you don't that's why you failed,you are not up to my standard la nak jealous ngan ko..ko tu dah tua..ooppss!kuang3"


Saat ditanya jika kata-katanya itu dilemparkan kepada Jaja, Faezah memberitahu penulisannya itu dibuat secara umum, tidak ditujukan kepada sesiapa.

Zarina Anjoulie vs Awal Ashaari



Nama Zarina Anjoulie cukup sinonim dengan kontroversi. Antara yang masih kekal di ingatan adalah serangannya ke atas Awal Ashaari. Puncanya dipercayai sesuatu yang telah dikatakan Awal ketika mengacara program Fuhh! Akibatnya, Zarina telah ke Twitter untuk menulis:

"I thinks its not fair to embarrass others tapi rahsia sendiri pandai plk nk cover..."

"Its not dat I saja nk hentam org but I think kalau kau pandai ckp controversi org then time kau kena asal lari? Berani buat berani tanggung"

"Takkan marah kot Awal kau hina aku kutuk aku kat show kau bkn main lagi terer..."

"Drpd kau nk cite pekong org nk buruk kan org sini sana apa kata kau cite kat semua org asal kau tak nk urine test masa rootz kena raid :)"

"Awal shaari asal mulut kau laser gampang mengalahkan pompuan ar? Mak kau nk anak pompuan pastu tak dapat kluar kau ek?"

"Awal kau nk jadi cam chef wan ke? Atleast dia tu pandai masak berjaya semua org syg.. Kau tu setakat mulut betina berlakon pun cam hampeh"

Awal, ketika ditanya komennya, mengatakan tidak mengenali Zarina dan tidak faham mengapa dia memakinya di Twitter.

Chef Wan vs Kakak Norman Hakim



iapa yang tidak kenal Datuk Chef Wan? Selain bakat memasaknya, beliau seorang yang cukup jujur dan lantang bersuara, dalam apa jua perkara dan terhadap sesiapa saja. Walaupun jika individu yang dimaksudkan itu anak tersayangnya, Chef Riz.

Namun tidak semua yang dapat menerima kejujuran Chef Wan. Seorang wanita yang mengakui dirinya wakil keluarga/kakak Norman Hakim telah terguris dengan komen-komen Chef Wan di Facebooknya. Ekoran itu, wanita tersebut telah meluahkan tidakpuasannya di ruangan komen portal


Bila terbaca luahannya, Chef Wan telah ke Facebook untuk menjelaskan dirinya.

"...As a celebrity ramai my fans yg nak tahu pun and minta wan cerita secara jujur.U know i cannot lie what i see plus my experiences also is pengalaman ramai press2 yg bersungut berbisik pada Wan as they were totally shocked..."

"...For Kakak Norman to say i am jealous tu i dont think is right la because nak jealous apahal? Kau nak jahit satu badan dgn permata pun yg orang "SPONSOR ya KAK HOI"..."

"Does not make sense i nak jealous.Baca betul2 all my comments tu ok.Jangan serang orang tak baca dan faham2 what i wrote.Bukan nak mengumpat tetapi berkongsi pengalaman secara jujur!"

"I honestly take this apportunity to appologised to Norman and Memey if apa yg i cakap terguris hati sebab abg tak niat mcm tu cuma menyampaikan pengalaman abg mlm tu secara jujur..."


Gambit vs Peminat

Tahun 2011 sememangnya bukan tahun bertuah Gambit Saifullah. Bermula dengan kontroversi klip video "Marilah", arahannya untuk penyanyi Prema Yin, yang dikatakan lucah dan keterlaluan. Filem lakonannya, 'Karipap-Karipap Cinta' pula gagal mendapat sambutan. Kemudian, dia dikatakan menjadi punca pergaduhan diantara Julia Ziegler dan Sharifah Sakinah.

Tetapi yang ingin GUA ketengahkan di sini adalah tulisan Gambit di Facebooknya. "Kat page ni ade ramai fans/followers yg sangat saya hargai. Kat page ni juga ade ramai binatang2 seperti anjing/babi & lain2 dalam pakaian moden/tradisional & etc. Kerja mereka adalah utk menghiburkan kita. Oleh kerana kita tahu akan tahap pemikiran mereka yg agak cetek, kita layankanlah gelagat binatang2 peliharaan kita ini. Semoga mereka dapat dijinakkan satu hari nanti. Amin."

Seperti yang dijangka, ramai yang telah mencemuh Gambit di dinding Facebooknya. Gambit bila disoal pernah berkata gambaran "anjing" dan "babi" itu bukan ditujukan kepada para peminat tetapi segelintir individu yang membuat tohmahan ke atasnya. Setelah menyedari kesilapannya, sehari selepas itu Gambit memohon maaf atas sikapnya.

"Tadi Imam kat masjid ade kata, kita kena sentiasa bermaafan. Kadang2 benda kecik yg kita buah boleh kecoh jadi besar tanpa ade niat jahat skali pon. So untuk bahagian aku, aku minta maaf la to all. Maybe ade yg aku x nampak but buat salah. And most of all to my fans, cause I should had act more mature & professionally. So nasib baiklah masih Syawal. Maaf Zahir & Batin :)"

Maria Farida vs Shahz Jazsle



aru dua hari memasuki tahun 2011, pengikut Twitter Maria Farida dikejutkan dengan beberapa tweetnya yang berbunyi:

"Big mistake holding her on the red carpet. Ur free to stay with her because we are officially over. Have a good life with ur girlfriend."

"Don't want you or need this kind of bullshit in my life. Peace out."

"Been free from NONSENSE the 20 years I've been in this industry. Don't need it now. Especially frm newcomers..."

Amukan Maria berpunca daripada insiden yang berlaku di karpet merah Anugerah Skrin 2010 dimana Shahz didakwa telah bercium mulut dengan co-starnya dari 'Tari Tirana', Wan Sharmila. Satu tuduhan yang dinafikan mereka berdua. Malah Shahz telah ke Twitter untuk menegaskan dia tidak bersalah.

"I didint expect that shit will happen...never thought that things can ever break it...don't doubt on me."
Ramai sangkakan pasangan ini telah berpisah kerana insiden itu. Tetapi Shahz berjaya memujuk Maria. Hubungan cinta mereka hanya dapat bertahan beberapa bulan selepas itu. Kali ini, orang ketiga yang dikatakan telah hadir diantara mereka ialah Neelofa, yang membawa watak kekasih Shahz di dalam filem 'Azura 2012'.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...