Thursday 1 December 2011

Pembongkaran Rahsia Siti Nurhaliza


Buka pekung di dada? Jangan risau, penyanyi nombor satu negara ini akan terus mekar mengharumkan nama negara, tetap terpahat di hati sekalian rakyat Malaysia dan sudah pasti jauh dari sebarang kontroversi liar.

Apa yang hendak diceritakan disini adalah mengenai pendedahan eksklusif Siti Nurhaliza yang mungkin tiada siapa tahu waima peminat fanatiknya sendiri.
Bukan hanya bercerita mengenai kisah seorang gadis kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang ketika kecilnya menjual kuih muih, berpendidikan hanya lepasan SPM, menaruh masa depan sebagai anak seni lalu tersohor di segenap pelusuk tanah air dan gah di seluruh nusantara sebagai penyanyi berprolifik tinggi.
Bukan itu saja yang akan dikongsikan Siti menerusi dokumentari khas bertajuk ‘Siti Nurhaliza’ yang bakal disiarkan di saluran History (ASTRO 555) pada 11 Januari 2012, jam 10 malam, sama tarikh dengan tarikh lahir Siti.
Diterbitkan oleh Red Communications Sdn. Bhd, dokumentari selama 1 jam itu bakal membawa penonton mengimbau perjalanan karier Siti sekaligus memperlihatkan sisi penyanyi yang mula menempa nama menerusi lagu ‘Jerat Percintaan’ pada tahun 90-an.
Menurut Siti, dokumentari tersebut akan menceritakan kisah kehidupannya sedari zaman kanak-kanak sehinggalah dia dikenali ramai sebagai penyanyi nombor satu Malaysia seterusnya sukses sebagai usahawanita tersohor.
Antara yang menarik, personaliti televisyen terkemuka, Najip Ali turut mendedahkan bahawa Siti pernah menyertai ujibakat untuk program Asia Bagus di Singapura sewaktu berusia 14 tahun.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...