Tuesday 13 December 2011

Pancaran Swarovski Clutch Estee Lauder

KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER 2011: Sepanjang Disember ini, jenama solekan terkenal Estee Lauder mengadakan promosi hadiah berupaclutch atau tas tangan kecil genggaman yang dikemaskan dengan butiran barang kemas Swarovski Elements.






Clutch tersebut direka secara eksklusif oleh Estee Lauder dengan warna biru gelap bersama lilitan bow penuh gaya dan ditambah pula dengan taburan manik bersinar dari Swarovski Elements.
Pastinya percutian atau majlis yang dihadiri akan lebih bersinar dengan kehadiran si pemakai clutch yang dikemaskan dengan butiran barang kemas Swarovski Elements ini.
Menariknya promosi Starry Nights itu, bukan hanya terdiri daripadacluth buatan Swarovski Elements malah dijual bersama set solekan yang elegan.
Antara set solekan yang terapat dalam clutch tersebut adalah Estee Lauder Pure Clor Lipstick in Tiramisu (gincu), Estee Lauder Pure Color Gloss ini Frivolous Pink (pengilat bibir), Estee Lauder Double Wear Stay-in-Place Eye Pencil in Onyx(pensil mata), Estee Lauder Pure Color EyeShadow dan Signature Blush Deluxe Compact (bedak kompak) dan Estee Lauder Blush & Eye Shadow Brushes (pemerah pipi dan pembayang mata).
Jadi, bukan sahaja dapat bergaya dengan clutch mewah yang mudah dibawa kemana-mana malah penampilan si pemakai pasti akan lebih menyerlah dengan pengguanaan set solekkannya.
Harga yang dijual untuk set Estee Lauder Starry Nights ini adalah hanya RM180 satu sert bagi setiap pembelian barangan Estee Lauder yang berjumlah RM250.
Set hadiah promosi, Estee Lauder Starry Nights ini hanya berada dalam amsa yang terhad bermula Disember 2011 ini.


2 comments:

  1. wow... superb. i luv EL products. clean and safe
    dari sebarang bahan kimia.

    cantik clutch..

    ReplyDelete
  2. apa lg nur misnan,boleh la simpan untuk tersayang. kekekek

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...