Minggu ke tujuh tiada penyingkiran dan nampaknya semua pesertahappy, walaupun sebelum itu mereka semua agak gementar. Mungkin pada awalnya debaran untuk ke peringkat akhir tidak terasa, tetapi kini selepas tujuh minggu, mereka mula terbayang duit kemenangan dan gelaran Maharaja Lawak Mega 2011!
Di atas pentas, kesemua mereka nampak relaks saja. Tapi di belakang pentas semuanya macam kanak-kanak riang yang sedang tunggu masa untuk berkhatan.Tapi saya sungguh kagum dengan kesungguhan para peserta yang merupakan artis profesional tetapi bersemangat pada setiap minggu.
Minggu ini dua tugasan perlu mereka lakukan iaitu impersonasi dansilent comedy.
Nampaknya, Adlin Aman Ramlie, mendapat tepukan gemuruh di persembahan pertama dengan meniru gaya Datuk M Daud Kilau. Gelek Adlin jangan tak gelek.
Ketika di atas pentas, saya tengok bukan main menggeliat lagi si mamat ini. Tapi bila di belakang pentas,ketika saat akhir dia mahu memulakan persembahan, pembantu Adlin baru perasan bahawa gigi palsu emas Adlin sudah hilang,
Mungkin telah ditelannya. Menggelabah Adlin dibuatnya. Di cari balik pelekat gigi palsu lain. Selesai saja tampal, dia sempat membuat persembahan.Tapi kepada sesiapa yang perasan, kelihatan Adlin tidak memakai gigi palsu emas, sebaliknya gusi palsu emas kerana pelekat emas berkenaan sudah naik sampai ke gusi. Ini semua gara-gara mahu cepat.
Saehu pula tiru artis merekalah iaitu Kris Dayanti. Di belakang pentas, si kecik Bocil asyik menggayakan tumit tinggi yang lebih besar dari kakinya.
Mereka merupakan satu-satunya peserta dari Indonesia yang masih bertahan. Di belakang pentas, mereka tampak tenang kerana sudah tiada saingan dari negara sendiri, tetapi mereka sering duduk disatu sudut gelap untuk berbincang. Apalah agaknya strategi mereka?
Boboi pula sebagai Batman. Terkejut saya dibuatnya. Sudahlah gelap, tiba-tiba nampak bayang hitam, macam awan nimbus besarnya. Rupa-rupanya itu adalah Afdlin.
Teman saya sorang ini memang mempunyai banyak imaginasi ke arah superhero, walaupun Afdlin yang saya kenali adalah saya seorang yang manja.
Daripada apa yang saya dapat tahu, baju watak Angry Bird yang dipakai oleh Harun telah dijahit sendiri oleh isteri Afdlin. Tapi apabila Harun pakai baju Angry Bird itu, dia langsung tidak kelihatan seperti watak berkenaan sebaliknya seperti scary bird.
Silent comedy. Secara keseluruhan saya rasa ianya cukuyp menghiburkan.Tetapi saya tak mahu cerita apa berlaku di pentas tetapi persiapan peserta.Di belakang pentas,semua peserta sibuk dengan props mereka sebab tak boleh bercakap. Bayangkanlah begitu sesak suasan di belakang pentas dengan barang-barang persembahan.
Ingin juga saya berkongsi sedikit cerita. Ada peserta yang selalu menangis di belakang pentas sebelum dan selepas keputusan penyingkiran. Peserta itu adalah Vija dari kumpulan Saehu.. Saya sendiri tak tahu mengapa. Takut nak tanya.
Tapi rasanya tekanan ketika menanti keputusan agaknya. Ini membuktikan bahawa,bukan mudah untuk membuat lawak jenaka di atas pentas, sehingga kerap juga saya dengar dari peserta, ada diantara mereka mahu menarik tarik diri. Ada yang masuk hospital dan ada yang sampai kena jumpa doktor sakit jiwa.Ini semua cerita benar.
Tapi semuanya dilalui dengan semangat sebagai penghibur. Macam askar pula. Kalau pergi berperang,sakit atau sihat kena bertugas juga.Inilah resam hidup sebagai penghibur masyarakat kerana apa yang lebih penting supaya penonton terhibur.
Minggu depan adalah minggu kelapan persembahan dan saya akan umumkan dua peserta yang akan disingkirkan. Siapakah mereka? Kita jumpa minggu depan untuk jawapannya.. Peace you all.
No comments:
Post a Comment