Tuesday 27 December 2011

Kompem,Yusry & Lisa Febuari 2012 kahwin!






















KUALA LUMPUR, 26 DISEMBER 2011:Dalam sibuk penganut agama Kristian menyambut perayaan Natal, pengumuman tarikh nikah dan perkahwinan Yusry Abdul Halim, 37, dan pelakon cantik, Lisa Surihani, 26, lebih menjadi perhatian dengan menjadi topik utama setiap dada akhbar hujung minggu lalu.
Bahkan, teka-teki hubungan Lisa dan Yusry yang sebelum ini dianggap gosip semata-mata menjadi kenyataan dengan pemilihan 23 Februari 2012 sebagai tarikh diijab kabul.






Menurut keseluruhan laporan akhbar hujung minggu lalu, pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa mengakui telah bertandang menghantar tanda ke rumah Lisa di Taman Melawati, Hulu Klang, pada Jumaat (23 Disember) lepas.
"Kami tidak akan mengadakan majlis pertunangan. Sebaliknya akan terus menikah. Majlis akad nikah akan diadakan selepas waktu Asar di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 23 Februari depan. Manakala majlis resepsi bagi kedua-dua belah pihak akan di adakan serentak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012," kata Yusry.
Mengulas lanjut mengenai spekulasi perhubungan mereka yang dihidu pihak media mulai April lalu, Yusry yang baru saja tamat mengarahkan filem Vikingdom bukan sengaja menyembunyikan hubungan mereka.
"Kami bukan tidak mahu mendedahkan perkara ini lebih awal tetapi biarlah ahli keluarga yang mengetahui hubungan kami lebih dahulu. Kini apabila keluarga tahu dan mengikut adat, barulah kami boleh beritahu media," ujar Yusry.
Dalam pada itu, Lisa turut mendedahkan daya tarikan Yusry yang mampu menyentuh hatinya sehingga bersetuju menjadi suri dalam hidup pengarah ini.
"Selepas semakin mengenali lebih rapat, kami rupa-rupanya sama-sama kidal. Kami juga peminat tegar pasukan bola sepak Manchester United.
"Bagaimanapun, selera muzik kami berbeza yang mana Yusry gemar muzik era 1980an sementara saya suka lagu berentak R&B," ujar Lisa.
Sementara itu, pada majlis sidang media berkenaan yang dihadiri keluarga Yusry dan Lisa, kedua selebriti ini enggan memberitahu nilai wang hantaran. Malah, pasangan ini memaklumkan masih belum membuat sebarang persiapan kahwin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...