Saturday 3 December 2011

KOMPEM!Bekas KP bukan Suami Nursyella Kamaruddin


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa sudahpun menafikan yang dialah orangnya di dalam foto perkahwinan Syella Kamaruddin.
Dengarnya, sehinggakan semua bekas anak buah Tan Sri Musa, sibuk bertanya benarkah khabar angin yang hebat bertiup mengenai identiti sebenar pengantin lelaki kepada wanita muda ini.

Apapun, Utusan Malaysia sudahpun menyiarkan mengenai penafian Tan Sri Musa. Terlerailah kisah yang hebat diperkatakan bukan sahaja di Internet, malah di kedai kopi murah dan kopi mahal.
Tetapi yang menarik perhatian Hani ialah petikan kenyataan Tan Sri Musa:
Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama,” katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...