Friday 23 December 2011

Justin Timberlake, Jessica Biel Sudah Bertunang?



WALAUPUN khabar angin bertiup kencang tentang keretakan hubungan pasangan penyanyi Justin Timberlake dan kekasihnya Jessica Biel menjadi tajuk utama, pasangan ini dikhabarkan telah bertunang pada Isnin lalu.

Masih belum mengesahkan mengenai berita berkenaan, Splashnews melaporkan aktor berusia 30 tahun ini telah melamar kekasihnya semasa berhibur di Wyoming.
Turut dilaporkan pasangan itu menginap di sebuah hotel mewah yang berdekatan dengan wyoming.
Sumber yang turut berada di tempat kejadian berkata pasangan tersebut begitu mesra dan Justin kelihatan telah melamar kekasihnya yang berusia 29 tahun itu.
Berita pertunangan mereka tersebar selepas seorang peminat yang turut berada di tempat sama telah meninggalkan status di laman Twitter berbunyi "Justin Timberlake telah melamar Jessica Biel semalam".

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...