Friday 9 December 2011

GEMPAR!Sobri Dapat Surat Dari Psikiatri


Minggu keenam penuh kontroversi. Bawel dari Indonesia dan 3G dari Malaysia telahpun tersingkir. Mereka adalah antara kumpulan yang selesa dari satu minggu ke satu minggu! Apa sudah jadi?






Rasa sedih bila terpaksa berpisah dengan Bawel. Selepas penyingkiran, mereka datang ke bilik saya dan ucapkan selamat tinggal. Kata mereka, "Nanti kita jumpa di Jakarta ya Bang AC".
Saya rasa, mereka adalah antara kumpulan yang tidak perlu dipersoalkan kemampuan mereka. Apa sudah jadi?
Saya sudah berpesan banyak kali untuk terus mengundi. Kerana kita bukan lawan sorak atau lawan gelak saja. Kita lawan markah undi dan markah dari juri.
Tetapi ketika malam minggu ke enam, kita terpaksa akur dengan keputusan juri dan pengundi, kerana secara peribadi persembahan Bawel bukannya tidak bagus tetapi oleh kerana dari mula mereka mendahului persembahan peserta lain secara muzikal, jadi kita tidak nampak kelainan di minggu keenam yang memilih muzikal sebagai tema.
Saya rasa, inilah antara faktor Bawel tersingkir. Saya rasa sangat kecewa, kerana tiada lagi suara pitching tinggi, tetapi syabas saya ucapkan buat Bawel yang ternyata telah berjaya menghiburkan sepanjang di gelanggang Maharaja Lawak Mega.
Kumpulan 3G pula, bagi saya rasakan tidak menyamai tahap persembahan mereka di minggu sebelumnya.
Inilah masalahnya kalau setiap minggu melakukan persembahan yang baik. Kekurangan akan jelas kelihatan walaupun pada minggu ke enam persembahan muzikal komedi mereka agak kelakar walaupun kurang bermutu berbanding minggu sebelumnya.
Susah rasanya untuk mengekalkan persembahan terbaik setiap minggu. Itulah sebabnya saya nak ucapkan syabas kepada Didie Alias, Enot dan Yassin.
Bagi saya mereka adalah kumpulan yang layak untuk ke final tetapi bukan senang nak buat lawak jenaka. Bagaimanapun mereka telah buat yang terbaik cuma nasib tidak menyebelahi mereka.
Di belakang pentas, keadaanya agak menyeramkan. Agak terperanjat apabila kumpulan Syok yang berpakaian macam hantu telah duduk di dalam gelap terkumat-kamit hafal lirik lagu.Berderau darah saya dibuatnya.
Peserta solo Adlin ketika di belakang pentas juga tak kurang hebatnya. Sudah macam traffic light saya tenguk. Merah menyala.
Bagaikan sedang mengaji saya lihat gelagatnya. Naik berbuih mulut menghafal lirik rap. Dulu kutuk aku lagi 4U2C. Selepas dihentam minggu sebelumnya,minggu ini Adlin kembali dengan semangat baru dan setiap minggu persembahan berbeza, syabas Adlin.
Boboi dibelakang pentas nampak tenang berselubung dengan kain pelikat. Saya ingatkan itu ialah kostum mereka, ya tetapi sebenarnya K- Pop.Tak boleh tahan saya melihat muka Afdlin dan Harun. Sudah macam Erra Fazira pula.
Osbon muncul dengan konsert di Australia. Ketika di belakang pentas saya sangkakan Abon adalah lampu bergerak kerana bajunya yang merelip sakan. Tapi mereka sangat santai ketika di belakang pentas. Maklum sajalah orang lamalah katakan.
Di minggu keenam, kita dapat melihat Bob dari kumpulan Bawal Power sudah beransur pulih. Tetapi Sobri pulak sakit, sampai ada surat doktor lagi.
Cemas juga saya sebab mungkin Bob pula terpaksa membuat persembahan sendirian.Tetapi Sobri tetap hadir.
Saya tanya kepada Sobri, "Kau sakit apa?" Jawapnya "Sakit jiwa".
Sobri telah menerima surat dari psikiatri yang mengatakan beliau menghadapi tekanan jiwa yang teruk dan perlu dimasukan ke hospital. Ah! Sudah. Masaklah kalau macam ini.
Tapi macam biasa,saya kenal Sobri waktu saya terbitkan Drama Dakolin Dakosi. Dia memang seorang yang degil dan tabah.
Beliau tetap hadir dan melakukan persembahan. Bangga juga saya kerana ada kawan seperti ini. Bermati-matian untuk seni. Kita sepatutnya beri semangat kepada Sobri yang baru mengenal dunia hiburan komersial. Tahniah Sobri,teruskan perjuanganmu.
Oklah,minggu depan saya akan ceritakan lagi siapa yang dimasukan ke hospital. Ada juga yang lari dari hospital dan siapa yang lari dari Tok Mudin macam Boboi.
Untuk pengatahuan semua, peserta berhadapan dengan tekanan yang begitu tinggi di Maharaja Lawak Mega. Jadi marilah kita sokong dan beri semangat kepada mereka iaitu insan seni yang telah menghiburkan kita setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...