Tuesday 20 December 2011

GEMPAR:Diana & Farid apa cerita ni!?





Selepas digandingkan dalam filem ‘Evolusi KL Drift’, pasangan kekasih, pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle kini disatukan sekali lagi dalam layar perak di mana kali ini mereka digandingkan bersama dalam filem terbaru arahan Namewee iaitu ‘Hantu Gangster’.


Baik Farid mahupun Diana, kedua-duanya tidak mempunyai sebarang masalah untuk digandingkan bersama dalam filem ini kerana mereka mengakui sangat profesional serta tidak mencampur adukkan hubungan cinta ketika bekerja.


Ketika ditanya tidakkah pasangan ini merasakan dengan pemilihan mereka dalam ‘Hantu Gangster’ ini, hubungan percintaan mereka telah dieksploitasikan untuk mengaut keuntungan serta menarik orang untuk menonton filem ini, Farid memberitahu, 

“Saya tidak rasa hubungan kami dieksploitasikan. Pengarah tidak tahu kami bercinta. Dia datang dan tawar filem ini kepada kami secara individu. Dia hanya tahu kami bercinta setelah kami dipertemukan. Itulah antara salah satu sebab kenapa saya terima filem ini,” ujar Farid ketika ditemui pada majlis sidang media filem ‘Hantu Gangster’ di Taman Pengkalan Batu, Klang, petang semalam.

Namewee yang berada di situ turut memberitahu, “Saya tidak tahu tentang hubungan cinta mereka sebab saya ini jenis yang tidak membaca gosip. Bila dah tahu dan saya tanya mereka, mereka kata okay dan tiada masalah untuk digandingkan bersama.”

Selain Farid dan Diana, filem ‘Hantu Gangster’ ini turut dibintangi oleh barisan pelakon dari pelbagai budaya antaranya Dato’ David Arumugam, Dato’ Jalaluddin Hassan, Noh Hujan, Mizz Nina, Dennis Lau, Reshmonu dan ramai lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...