KUALA LUMPUR, 12NOVEMBER2011: Meskipun sudah bertapak lebih kurang 25 tahun dalam industri makanan dan masakan, namun tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Datuk Chef Wan akui masih mempunyai impian yang masih belum terlaksana.
Sebagai Duta Makanan Malaysia, Datuk Chef Wan mendambakan sebuah sekolah masakan miliknya sendiri untuk mendidik generasi seawal usia kanak-kanak untuk lebih berdikari dan berfikiran kreatif.
Namun impiannya itu bakal terlaksana kerana Datuk Chef Wan sendiri sedang mengusahakannya bagi merelisaikan sekolah memasak tersebut pada penghujung tahun depan.
"Sebenarnya sudah lama saya mengimpikan sebuah sekolah masakan milik saya sendiri. Saya rasa pendedahan sekolah masakan untuk kanak-kanak ini sepatutnya sudah lama diadakan di Malaysia.
"Setakat ini, bagi merealisasikan sekolah masakan milik saya sendiri, saya sudah berbincang dan akan bekerjasama dengan institut pengajian swasta, KDU University College Malaysia di Damansara.
"Sekolah masakan saya itu nanti akan terbuka kepada kanak-kanak sekolah sehinggalah orang dewasa.
No comments:
Post a Comment