Tuesday, 13 December 2011

Anthony marah J.Lo





MARC Anthony dilaporkan tidak mahu menghadiri sesi fotografi bersama Jennifer Lopez untuk rancangan mencari bakat Latin kerana marah dengan kekasih muda Jennifer yang berusia 24 tahun.





Pasangan itu berada di Puerto Rico bulan lalu untuk sesi penggambaran sekuel ‘O’Viva! The Chosen’, rancangan untuk pelbagai negara Latin menggunakan format pertandingan realiti. 
Walaupun mereka sudah berpisah, mereka tetap bekerja sama sebagai seorang produser dan hos rancangan itu dengan baik dan berazam untuk menjayakan projek itu sebagai satu kumpulan.

Tetapi sejak berita mengenai hubungan Jennifer dengan penari Casper Smart tersebar, termasuk membawanya bersama dalam percutian dengan anak kembarnya, Anthony dan Jennifer, sudah tidak kelihatan berdua lagi.

Malah, sejak minggu lalu, J-Lo menghadiri sesi penggambaran di beberapa negara Latin Amerika tanpa Anthony.

Setelah beberapa haridi Peru, dia kelihatan tibadi Chile, bersama Smart.

Anthony dikatakan enggan bekerja dengan J.Lo selepas mereka bergaduh minggu lalu ketika J.Lo berada di Maghribi bersama penari itu.

Sumber memberitahu majalah America’s Star, “Anthony dan J.Lo berbincang dalam keadaan tegang ketika dia berada di Maghribi.

“Tidak dapat dielakkan, perbincangan mereka akhirnya menjurus kepada teman lelaki J.Lo yang baru (Smart) dan Anthony membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Jennifer lagi.”

Anthony dikatakan menunggu sehingga dia dalam penerbangan ke Peru dan menelefon pencipta Pop Idol, Simon Fuller - juga bekerja di belakang tabir rancangan mereka - untuk memberitahu yang dia berfikir untuk menarik diri.

Dia dikatakan memberitahu Fuller, sebab mengapa dia tidak mahu perg ke dua negara itu, ‘kerana J.Lo - Saya tak boleh bekerja dengannya.’

Seorang yang rapat dengan Anthony memberitahu majalah itu, “Ia berkenaan ego Latinnya. Egonya sangat tercalar.”

Sumber itu dikatakan berkata, “Satu perbincangan sedang diadakan mengenai penglibatannya dalam rancangan itu. Mereka akan rugi berjuta dollars dan pihak produser sekarang tertekan untuk memulihkan hubungan dua bintang itu.”

Julai lalu, pasangan Anthony dan Lopez yang telah berkahwin selama tujuh tahun, mengumumkan perpisahan mereka.

Mereka mempunyai anak kembar, Max dan Emme yang berusia tiga tahun.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...