Thursday, 17 November 2011

yusry rangkul hadiah apa tu?







1. Bersesuaian dengan misinya untuk merakyatkan filem, pihak penganjuran FFM 24 sekali lagi memilih lokasi terbuka untuk majlis Malam Anugerah Gemilang Cipta malam tadi.  Jika tahun lepas diadakan di bangunan tertutup, The Curve, Mutiara Damansara, namun kali ini ia dibuat secara terbuka di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana.
2. Walaupun petang semalam hujan, namun mujur ketika majlis berlangsung cuaca baik dan tidak hujan. Walau bagaimanapun, pihak penganjur telah membuat persediaan awal dengan memberi baju hujan kepada media dan jemputan yang hadir.
3. Majlis yang diadakan pada hari bekerja serta jalan yang sesak  mungkin antara faktor kekurangan orang yang hadir pada majlis tersebut.
4. Persembahan pembukaan malam tadi menarik kerana bercirikan 1Malaysia apabila menampilkan penyanyi dari kaum Cina, India dan Melayu. Namun, persembahan tersebut menjadi kurang menarik apabila penyanyi wanita berbangsa India yang menyanyikan lagu dari filem Ali Setan, Wajah Rahsia Hati serta penyanyi Roy yang menyanyikan lagu ‘Khayalan’ terlupa lirik.
5. Malam Anugerah Gemilang Cipta dihoskan oleh penyampai radio Suria FM, Halim Othman dan Linda Onn.
6. Agak kelakar apabila Linda Onn yang memegang telefon bimbit ketika mengacara menyuruh Halim menyimpankan telefon bimbitnya itu kerana sukar untuk dia memegang kertas skrip. Itulah, siapa suruh pegang telefon bimbit ketika mengacara, tak ke dah menyusahkan.
7. Halim Othman tidak membuat rujukan apabila memberitahu filem Al-Hijab masih ditayangkan di pawagam. Padahal filem tersebut sudahpun tamat tayangan pada pertengahan bulan lepas.
8. Persembahan pada malam tadi diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur di bawah iringan Mirza Abdullah.
9. Raja Azmi ‘mengamuk’ dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pada malam itu. Beliau meninggalkan majlis dalam keadaan membebel ketika majlis tersebut masih berlangsung.
10. Penyampai anugerah, Sazzy Falak tersalah sebut nama pemenang Filem Pendek Terbaik, The Other One apabila beliau menyebut The Other Side.
11. Tiada penganjur yang menguruskan urusan sidang akhbar ataupun sesi temubual dengan pemenang sehingga menyukarkan para media untuk menjalankan tugas. Akibatnya, media terpaksa mencari sendiri pemenang pada malam itu.
12. Apabila tamat sesebuah majlis, sudah pasti media ingin menemubual Pengarah FFM 24, Jurey Latiff yang juga menjadi pemenang kategori Pengarah Harapan. Namun, pihak media tidak tahu di mana Jurey berada. Pada mulanya, media menyangkakan beliau menghadiri jamuan makan bersama tetamu VVIP selepas tamat majlis.
Namun, setelah ditunggu-tunggu dan kelibatnya tidak juga kelihatan, akhirnya ada beberapa ahli jawatankuasa anugerah memberitahu yang Jurey sudah pulang. Akibatnya, pihak media terpaksa menunggu Jurey untuk berpatah balik ke lokasi majlis. Mujur beliau tidak berada jauh dari lokasi tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...