Tuesday, 22 November 2011

siapa mau RM1Juta???!??




KUALA LUMPUR: Saluran Astro Ria bakal membawakan sebuah program permainan terbaru berjudul RM1,000,000 Money Drop yang memberi peluang kepada peserta untuk menjadi jutawan.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, penerbitan program itu bukan sahaja sebagai hiburan malah ia bakal menguji pengetahuan para peserta melalui soalan-soalan yang bakal diajukan dalam rancangan itu nanti.
Azlin berkata, pihaknya yakin program berkenaan bakal menarik minat penonton berikutan kejayaan program-program bercorak permainan sebelum ini yang berjaya menambat hati penonton.
"Kami amat komited dalam menyusun strategi untuk terus membekalkan program-program hiburan berpengetahuan untuk tontonan seisi keluarga.
"Lihat sahaja program-program hiburan berpengetahuan seperti Roda Impian, Kunci Khazanah, Famili Sarjana (Astro Oasis), Teksi Tunai (Astro Prima) dan sebagainya, ia berjaya menarik perhatian penonton," katanya ketika majlis pelancaran program tersebut di sini.
Dalam pada itu, Azlin berkata, program tersebut merupakan sebuah rancangan permainan yang memberikan RM1 juta kepada setiap pasangan peserta dan mereka perlu menjawab kesemua lapan soalan diberikan bagi mengekalkan wang tersebut.
"Secara asasnya peserta yang berjaya menyertai program ini telah pun memenangi wang tersebut cuma mereka perlu menjawab soalan bagi mengekalkan jumlah itu," katanya.
Katanya, peserta diberikan 60 saat untuk melaburkan wang mereka dipetak jawapan yang betul dan sekiranya tidak pasti mereka boleh membahagikan kepada beberapa bahagian.
"Jika jawapan betul pelaburan mereka selamat dan boleh digunakan pada pusingan berikutnya tetapi jika salah pelaburan tersebut akan hilang," ujarnya.
Bakal dihoskan oleh pengacara berbakat, Datuk AC Mizal, RM1,000,000 Money Drop bakal bersiaran pada setiap sabtu dan Ahad bermula pada 3 Disember depan di Astro Ria (104).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...