KAJANG: Polis mengesan Muhammad Khuzni Ahmad Ruslan, 25, atau lebih dikenali sebagai ‘Noni Langat’ dipercayai dapat membantu siasatan polis berhubung kes samun menggunakan parang di sebuah kedai runcit di Bandar Mahkota Cheras, 31 Oktober lalu.
Alamat terakhir lelaki terbabit ialah di No 17, Jalan Mutiara 1, Taman Sri Nanding,Batu 14, Hulu Langat, dan usaha mengesannya masih diteruskan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata gambar lelaki terbabit seiras dengan gambar yang dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai runcit berkenaan.
Ab Rashid berkata, lelaki terbabit dipercayai dapat membantu siasatan terhadap beberapa kes samun di Kajang.
Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit atau melihat kelibatnya diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Inspektor Amrul Yazid di talian 012-4502269 atau menghubungi balai polis berhampiran.
Harian Metro pada 1 November lalu melaporkan tiga beranak yang mengusahakan kedai runcit di Bandar Mahkota Cheras ditetak bertubi-tubi oleh seorang lelaki menggunakan parang.
No comments:
Post a Comment