Tuesday, 22 November 2011

PANAS:neelofa bergaduh lagi dengan fasha masa ASk 2011





1) Seperti tahun-tahun sebelum ini, ramai peminat tidak melepaskan peluang untuk melihat artis-artis pujaan mereka secara lebih dekat. Berlaku indisen di mana seorang peminat merayu-rayu di kaunter pendaftaran media untuk masuk ke dalam dewan kerana dia tidak mempunyai pas. Alasan yang diberikan, dia terpaksa berjalan jauh semata-mata untuk menyaksikan ASK 2011.










2) Fida Ibrahim mengambil masa hampir satu jam di tempat meletak kereta PWTC untuk bersiap-siap bagi acara karpet merah. Fida tampil dengan busana berona merah dihiasi sedikit aksesori berwarna emas.

3) Tiz Zaqyah dan Remy Ishak menghabiskan masa yang agak lama di karpet merah kerana menjadi tumpuan pihak media daripada beberapa program hiburan.

4) Fasha Sandha dan Neelofa ditemukan oleh program Melodi di acara karpet merah bagi menjawab dakwaan yang mengatakan mereka sedang bergaduh.

5) Dewan Merdeka, PWTC ‘bersilau’ apabila pelakon, Lisdawati hadir dengan gaun ‘bling-bling’ di ASK 2011 semalam. Lebih melucukan, suaminya, Fauzi Nawawi turut mengakui terpaksa menggunakan kacamata hitam disebabkan ‘kesilauan’ pakaian isterinya itu.

6) Kebiasaannya, pelakon Intan Ladyana akan hadir ke sesebuah acara red carpet bersama dengan Kamal Adli. Namun, pada malam tadi, pelakon filem Adnan Sempit itu dilihat hadir seorang diri tanpa kekasihnya di sisi. Sebelum ini timbul gosip yang kononnya Kamal sedang bercinta dengan pelakon Indonesia, Olivia Jensen. Hmmm, dah bergaduh ker mereka berdua ini?

7) Rata-rata artis yang hadir mengenakan pakaian berwarna krim keemasan kerana ingin menepati tema ASK 2011 iaitu Golden Glamour.

8) Baru saja ASK 2011 bersiaran, keadaan sudah menjadi kelam-kabut apabila  berlaku kebakaran kecil di atas pentas. Kejadian berlaku ketika persembahan pembukaan dari Elecoldxhot, Black dan Azlan di mana alat yang mengeluarkan percikan bunga api terbakar. Mujur kru produksi bertindak pantas memadamkan api, jika tidak, tak pasal-pasal artis yang melaram sakan berlari bertempiaran.

9)Tempat duduk di Dewan Merdeka penuh sehingga ada hadirin yang mempunyai kad jemputan tidak dapat masuk ke dalam. Ada yang sanggup berdiri di luar namun selebihnya, terus angkat kaki pulang.

10) Setiap kali iklan komersial disiarkan, petugas media yang ditempatkan di bilik khas mengambil kesempatan mengisi perut dengan hidangan sandwich dan kuih-muih yang dihidangkan oleh pihak pengurusan TV3. Selain itu, petugas media juga menemubual dengan semua pemenang di bilik ini.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...