PERJALANAN seni yang ditempuh Norliana Samsudin atau lebih mesra dipanggil Yana, 27, mungkin berbeza dengan artis lain. Bermula sebagai penyanyi, Yana mencuba pula dalam bidang lakonan dan waktu sama diberi kepercayaan duduk di kerusi pengarah, satu pencapaian besar buat pelakon.
Selepas lapan tahun pembabitannya dalam bidang seni, kehadiran Yana jarang diberi perhatian walaupun banyak filem yang dibintangi. Bermula sebagai pelakon tambahan, kesungguhan Yana membuahkan hasil apabila kini menjadi antara pelakon kesayangan produser David Teo dan diberi kepercayaan sebagai teraju utama Gadis kelahiran Yong Peng, Johor pada 25 September 1984 ini mula diberi peluang memegang watak utama menerusi filem Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang ditayangkan pada 16 Disember tahun lalu.
Sejak itu, satu demi satu tawaran membintangi filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG) dengan watak utama diberi kepada Yana. Filem Bini-Biniku Gangster (BBG) menyerlahkan lagi nama Yana apabila digandingkan dengan Intan Ladyana dan Shaheizy Sam. Kini beberapa filem lakonannya menanti tayangan seperti 8 Jam, 3 Temujanji, Adnan Semp-it 2 dan Minyak Dagu.
No comments:
Post a Comment