Monday, 21 November 2011

Neelofa mana satu pakwe kau ni???





Akhirnya spekulasi yang mengatakan pelakon kacak, Hans Isac,40, sedang hangat bercinta dengan pendatang baru,Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa,22, terjawab apabila Hans sendiri akui mereka kini dalam proses mengenali satu sama lain.







Namun, Hans berkata hubungan mereka masih di peringkat perkenalan dan profesional sejak mereka mula mengenali antara satu sama lain ketika dalam penggambaran filem Kampung Lemak Santan yang telah memulakan penggambaran pada 8 Oktober lalu.
"Apa yang boleh saya kongsi bersama peminat dan umum adalah saya akui memang kami kini berkawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Malah kami belum pergi jauh lagi.
"Lagipun kami juga masih mengekalkan sifat profesional seperti sebelum ini iaitu saya sebagai pengarah kepada filem Kampung Lemak Santan dan Neelofa sebagai pelakon," katanya yang tidak mahu mengulas lanjut mengenainya.
Sebelum ini, mereka dikatakan intim dan dilihat telah keluar bersama sebagai pasangan kekasih di sebuah kompleks membeli belah di Damansara.
Sungguhpun begitu, Hans memberitahu dia tidak akan menyembunyikan apa-apa perasaan atau hubungan cintanya kepada umum jika benar dia jatuh cinta sekali lagi kepada mana-mana perempuan.
"Saya bukan seorang yang suka sorok-sorok jika saya sudah mula meminati seseorang. Saya akan beritahu kelak jika suatu hari nanti saya benar-benar jatuh cinta.
"Mengenali sikap saya, kalau saya benar-benar cinta, saya akan pergi dan sedaya upaya mendapatkan perempuan tersebut. Malah tidak kisah langsung dengan apa yang orang akan cakap," luahnya yang ditemui selepas prebiu filem Misteri Jalan Lama yang berlangsung di Cathay Cineplex, e@Curve, malam semalam.
Hans yang masih sibuk mengemudi syarikatnya, Tall Order Productions bagi menerbitkan drama-drama untuk stesen televisyen bakal menemui penonton menerusi filem fantasi, Misteri Jalan Lamapada 24 November ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...