SAN FRANCISCO: Facebook dilaporkan menjalin kerjasama dengan syarikat Taiwan, HTC untuk mengeluarkan telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android Google, demikian menurut laman blog teknologi, All Things Digital.
Projek usaha sama itu dinamakan “Buffy,” yang mensasarkan pengeluaran telefom bimbit yang khusus untuk penyediaan platform rangkaian sosial syarikat yang beribu pejabat di California itu.
Blog All Things Digital adalah dimiliki oleh Dow Jones, penerbit The Wall Street Journal.
Sistem yang digunakan dilaporkan mampu mengintegrasikan Facebook yang kini memiliki lebih 800 juta pengikut.
Pasukan Facebook kini bekerjasama dengan HTC, termasuk berunding dengan penyedia telekomunikasi untuk telefon pintar itu yang dikatakan bakal berada di pasaran 18 bulan lagi.
No comments:
Post a Comment