Wednesday 30 November 2011

Baju Kawin Siti Nurhaliza masuk MUZIUM???








Dua gaun perkahwinan pelakon, Memey Suhaiza,23, tajaan Rafflesia bernilai RM1 juta sedang dipamerkan di Muzium Negara ketika ini.

Malah, gaun tersebut adalah antara termahal yang pernah dipamerkan di pameran Busana Perkahwinan Mutiara yang berlangsung di Dewan Tengah Muzium, Muzium Negara sejak 26 November lalu dan akan berakhir pada 31 Disember ini.

Selain gaun Memey, pameran yang mendapat kerjasama Muzium Negara dan Rafflesia itu juga turut memperagakan 20 gaun perkahwinan daripada selebriti terkemuka tanah air yang lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amber Chia, Erra Fazira, Anita Sarawak dan ramai lagi.

Wakil publisiti Rafflesia, Bill Bora berkata, pameran yang memperagakan koleksi perkahwinan berkonsepkan mutiara itu adalah sebagai mengetengahkan hasil rekaan pereka fesyen tanah air dan juga jenis-jenis mutiara daripada Rafflesia.

"Sebenarnya pihak muzium sudah lama menyatakan hasrat untuk mempamerkan gaun tajaan Rafflesia yang digayakan Memey ketika majlis perkahwinannya.

"Bila mereka berminat, pihak Rafflesia terus bersetuju tanpa berfikir lebih panjang. Apatah lagi, kami bukan saja berpeluang memperkenalkan gaun pengantin Memey malahan juga rekaan gaun Rafflesia yang lain,"katanya yang ditemui selepas pelancaran pameran berkenaan.

Antara gaun perkahwinan termahal dan eksklusif yang dipamerkan pada pameran berkenaan iailah adalah gaun perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang bertatahkan mutiara Rafflesia rekaan Khoon Hooi bernilai RM300,000 dan gaun perkahwinan Amber Chia bertatah mutiara rekaan Keith Kee bernilai RM380,000.

Sementara itu, Memey yang gembira dengan penghargaan itu berharap agar pameran tersebut bakal menjawab persoalan beberapa pihak yang kurang senang apabila gaun yang dipakainya mendapat publisiti yang meluas.

"Ketika perkahwinan saya ditaja Rafflesia, ramai yang mempertikaikan mengapa saya seperti mahu menunjuk-nunjuk dan sebagainya, padahal semua itu adalah permintaan daripada media dan Rafflesia sendiri.

"Saya harap dengan pameran ini terjawab segala persoalan mereka. Malah mereka boleh lihat sendiri dengan lebih dekat gaun dan peragaan yang saya pakai
."Ternyata pihak Muzium Negara juga tertarik untuk mempamerkannyan" jelas Memey.
Selain gaun perkahwinan, pameran tersebut turut memperagakan kasut perkahwinan Memey yang bertatahkan mutiara rekaan Profesor Datuk Dr Jimmy Choo.
Memey dan Norman Hakim diijab kabulkan pada 24 September lalu dan kemudian diraikan dalam satu majlis resepsi besar-besaran tajaan Rafflesia bernilai RM12 Juta pula diadakan pada 28 September lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...