Friday 25 November 2011

Ana Dahlia bercinta dengan anak Cheff Wan?


Kelasss pelakon baru seorang ni...semakin mencurah-curah nampaknya rezeki dia dalam bidang hiburan sekarang ini. Mana tidaknya, walaupun wataknya dalam drama tidaklah sebesar mana, tapi ada jugalah wajahnya menyumbang disetiap stesen televisyen yang ada di Malaysia ni berbanding pelakon-pelakon seangkatan dengannya.

Bukanlah pasal kerjayanya, tapi nak kongsi sikit tentang gosip cinta pelakon yang bernama Ana Dahlia ini. pernah dengar cerita dahulu, Ana Dahlia ini rapat dengan pelakon lelaki, Amran, tapi kedua-dua mereka menafikan tentang perkara itu.
Tapi yang mengejutkan, baru-baru ini, Ana Dahlia hadir dalam program rakaman Melodi Raya bertemankan seorang lelaki muda. Haa..nak tahu siapa lelaki tu, dia adalah anak kedua pada cheff terkemuka negara, Cheff Wan.
Khabarnya mereka datang bersama, dan mereka menggayakan busana dari rona warna yang sama.. Bahkan aksi mereka begitu mesra pada malam itu, hingga menjadi pertanyaan ramai tetamu yang hadir. Wahh! katanya..persis orang yang sedang bercinta gitu..
Kalau betul mereka ada hubungan istimewa, rasa ia tak salah, sebab masing-masing masih muda dan bujang, jadi tak salah kalau mereka mencuba untuk bercinta.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...